Betty Gilpin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Elizabeth Folan Gilpin (lahir 21 Julai 1986) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan memegang watak Debbie "Liberty Belle" Eagan dalam siri komedi Netflix GLOW (2017–kini),[1] yang mana beliau dicalonkan untuk dua Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Wanita Luar Biasa dalam Siri Komedi. Beliau juga membintangi sebagai Dr. Carrie Roman dalam siri Showtime drama komedi Nurse Jackie (2013-2015).[2][3]
Betty Gilpin | |
---|---|
Kelahiran | Elizabeth Folan Gilpin (1986-07-21) 21 Julai 1986 (umur 37) New York City, A.S. |
Pusat pendidikan | Universiti Fordham |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan | Cosmo Pfeil (k. 2016) |
Gilpin membintangi filem aksi thriller The Hunt (2020) dan juga muncul dalam filem-filem seperti thriller misteri True Story (2015), komedi romantik cereka sains Future '38 (2017), komedi fantasi Isn't It Romantic (2019), drama A Dog's Journey (2019), filem komedi Stuber (2019) dan Coffee & Kareem (2020), dan filem horor The Grudge (2020).