Berserker (Fate/stay night)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Berserker merupakan watak batak daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.
Servant kepada Ilya, Berserker bertubuh tegap, berbadan gergasi dan berkulit sekebal besi. Senjatanya ialah sebilah kapak batu, mampu melakukan kemusnahan yang besar dengan satu hayunannya sahaja. Sebagai Servant kelas "Berserker", dia kehilangan kewarasan akal dan fikirannya, berkelakuan kebinatangan dan melulu dalam pertarungan. Mereka yang diseru dalam kelas Berserker ini dianggap yang paling "Kuat", lantas mereka sering digeruni pihak lawan. Namun begitu, mereka sukar dikawal, meskipun Illya, Master kepada Berserker, tidak mempunyai masalah dengan ini.
Seiyu untuk watak Berserker ialah Tadahisa Saizen dan alihan suara bahasa Inggeris dilakukan oleh Michael McConnohie.[1]