![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Flag_of_Ireland.svg/langms-640px-Flag_of_Ireland.svg.png&w=640&q=50)
Bendera Republik Ireland
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Republik Ireland (Ireland: bratach na hÉireanncode: ga is deprecated , bahasa Inggeris: flag ofcode: en is deprecated [the Republic of] Ireland), terdiri daripada jalur tiga warna hijau, putih dan jingga[1][2] dengan nisbah ukuran 1:2.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Flag_of_Ireland.svg/640px-Flag_of_Ireland.svg.png)
Bendera ini diberikan sebagai hadiah daripada sekumpulan orang Perancis kepada Thomas Francis Meagher, ketua pergerakan nasionalis Young Ireland.[3][4] Bendera ini mula dipakai semasa Pemberontakan Easter di Pejabat Pos Awam Dublin pada tahun 1916.[5][6] Bendera ini kemudiannya dirasmikan penggunaannya oleh pihak Republikan semasa Perang Kemerdekaan Ireland (1919–1921) dan Negara Bebas Ireland (1922–1937) sebelum dirasmikan dalam Perlembagaan Ireland 1937.