From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Afrika Selatan dari 1928 hingga 1994 asalnya digunakan oleh Kesatuan Afrika Selatan dari tahun 1928 hingga tahun 1961 dan kemudian Republik Afrika Selatan hingga tahun 1994. Bendera ini juga digunakan di Afrika Barat Daya apabila wilayah tersebut di bawah pemerintahan Afrika Selatan. Berdasarkan Bendera Putera Belanda, bendera ini mengandungi bendera United Kingdom, bendera Negara Bebas Oranye dan bendera Republik Afrika Selatan di tengah.[5] Nama panggilan bagi bendera ini Oranje, Blanje, Blou (bahasa Afrikaans bagi: "jingga, putih, biru").[1]
Nama | "Oranje, Blanje, Blou",[1] "bendera Kesatuan" [2][3] "bendera Aparteid"[4] |
---|---|
Kegunaan | Bendera kebangsaan dan bendera kapal awam dan kerajaan |
Nisbah | 2:3 |
Diterima pakai | 31 Mei 1928 |
Dilepaskan | 20 April 1994 |
Rekaan | Tiga jalur mendatar jingga, putih dan biru dengan tiga bendera kecil (Union Jack ke kiri, versi menegak bendera Negara Bebas Oranye di tengah dan bendera Republik Afrika Selatan ke kanan) di tengah di jalir putih. |
Bendera ini diterima pada tahun 1928 oleh suatu akta Parlimen dari kerajaan majoriti Afrikaner yang pertama. Pada tahun 1948, selepas kejayaan pilihan raya mereka, Parti Kebangsaan cuba dengan tidak jayanya meminda reka bentuk bendera untuk membuang apa yang mereka katakan "Kesan Darah" (bendera United Kingdom).[6] Selepas Afrika Selatan meninggalkan Negara-Negara Komanwel pada tahun 1961 dan menamakan semula dirinya kepada "Republik Afrika Selatan", bendera ini dikekalkan sebagai bendera kebangsaan. Pada tahun 1968, Perdana Menteri John Vorster mengusulkan bendera kebangsaan yang baru untuk Afrika Selatan diterima pada tahun 1971 untuk memperingati ulang tahun ke-10 negara meninggalkan Komanwel. Idea Vorster tidak menerima sokongan Parlimen dan perubahan bendera tidak pernah berlaku. Disebabkan bendera ini digunakan semasa keseluruhan zaman aparteid juga, menyebabkan bendera ini dilabel "bendera Aparteid".[4][6] Bendera ini diganti dengan bendera Afrika Selatan yang sekarang pada tahun 1994 dengan bermulanya perlembagaan peralihan republik dan tamat aparteid.
Berikutan persaraannya pada tahun 1994, bendera ini menjadi kontroversi dalam Afrikan Selatan, dengan beberapa orang memandangnya sebagai bersejarah dan simbol warisan Afrikaner, manakala yang lain memandangnya sebagai simbol aparteid dan keagungan kulit putih. Pada bulan Ogos 2019 Mahkamah Kesamaan memutusjan bahawa pameran bendera ini dikelaskan sebagai ucapan hima, namun pengecualian akan dibenarkan bagi "kes kewartawanan, akademik dan pernyataan berseni".[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.