From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Afrika Selatan diperkenalkan pada 26 April 1994 dan direka oleh Frederick Brownell.
Bendera ini terdiri daripada dua jalur mendatar yang seimbang, merah di atas dan biru di bawah, dipisahkan oleh jalur warna hijau yang yang membentuk huruf Y dan berpangkal di sudut bendera di sebelah kepala (hoist). Bentuk 'Y' ini mengandungi segi tiga dua sama berwarna hitam dan kuning keemasan. Jalur merah dan biru dipisahkan dari jalur hijau oleh jalur putih yang lebih kecil.
Warna | Warna rasmi pada tekstil | Rincian Pantone | RGB | RGB sample |
---|---|---|---|---|
Hijau | CKS 42 c Spectrum green | 3415 c | #007749 | |
Hitam | CKS 401 c Blue black | #000000 | ||
Putih | CKS 701 c National flag white | #FFFFFF | ||
Kuning emas (Gold) | CKS 724 c Gold yellow | 1235 c | #FFB81C | |
Merah | CKS 750 c Chilli red | 179 c | #E03C31 | |
Biru | CKS 762 c National flag blue | Reflex blue c | #001489 |
Warna-warna yang dipakai melambangkan asal-usul kaum utama yang membentuk masyarakat Afrika Selatan yang moden:
F. W. de Klerk sendiri ada menyatakan dalam autobiografinya bahawa warna merah cili (chilli red) disengajakan sebagai warna merah yang tidak memenangkan baik yang berketurunan British (yang menggemari warna merah biasa) mahupun yang berketurunan Afrikaner (yang lebih mahukan warna jingga).
Bentuk bercabang melambangkan penyatuan segenap masyarakat berbilang bangsa menuju kemajuan.[1]
Suatu bendera de facto pernah diwujudkan dengan peletakkan jata perisai jajahan itu pada suatu bendera merah dipakai Empayar British.
Bendera ini dipakai Kesatuan Afrika Selatan dari 1928 hingga 1961 serta kemudiannya sebagai sebuah republik sehingga pemerintahan apartheid dihapuskan tahun 1994.
Bendera ini terdiri daripada suatu rekaan bendera lama digunakan di Belanda iaitu Prinsenvlag (Bendera Putera) yang pernah dipakai sebelum digantikan dengan rekaan bendera baru Belanda kini - ia mempunyai tiga jalur iaitu jinggga, putih dan biru. Pada jalur tengahnya pula ada tiga bendera yang bergandingan melambangkan jajahan-jajahan yang diserap masuk ke dalam kesatuan ini:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.