belanjawan tahunan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Belanjawan Malaysia 2021 (lazimnya sekadar Belanjawan 2021) ialah anggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun 2021 bagi kerajaan Malaysia. Ia telah dibentangkan pada 6 November 2020, hari Jumaat oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat. Dengan peruntukan sebanyak kira-kira RM322.5 bilion, belanjawan ini bakal menjadi belanjawan negara terbesar dalam sejarah.[1]
Rang Undang-undang 2020 | |
---|---|
Dibentang | 6 November 2020 |
Parlimen | Ke-14 |
Menteri Kewangan | Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz |
Bendahari | Kementerian Kewangan |
Jumlah perbelanjaan | ▲ RM322.5 bilion[1] |
Laman web | Teks Belanjawan 2021 |
‹ 2020 2022 › |
Belanjawan ini merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus selepas mengambil alih kerajaan persekutuan rentetan kemelut politik yang berlaku di Malaysia pada Februari dan Mac 2020. Belanjawan ini juga dibentangkan dalam suasana seluruh dunia sedang mengalami pandemik COVID-19, manakala Malaysia sedang mengalami gelombang ketiga[2] pandemik tersebut.
Belanjawan ini dijangka menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.[3][4]
Belanjawan Malaysia 2021 yang bertemakan Teguh Kita, Menang Bersama akan merentasi tiga matlamat utama iaitu
|
|
|
Pihak kerajaan dan para penyokong menyatakan belanjawan sebagai "pendekatan berani" yang dapat membantu segenap lapisan masyarakat, dan membantu dalam pemulihan ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.[5][6] Sesetengah golongan rakyat berpendapat bahawa belanjawa ini berjaya membantu golongan kelas berpendapatan sederhana (M40) melalui beberapa insentif yang diperuntukkan kerajaan.[7]
Pelbagai pihak mengkritik belanjawan tersebut kerana disifatkan sebagai tidak berpusatkan rakyat. Pihak persatuan pelajar melihat belanjawan tersebut telah mengabaikan golongan mahasiswa.[8] Pihak dalam bidang pelancongan dan penerbangan menyatakan kerisauan tentang intipati belanjawan yang dilihat tidak berpihak kepada nasib sektor pelancongan negara yang sudah menerima padah akibat pandemik COVID-19 kerana dikatakan tidak memberi jaminan menyeluruh kepada pekerja-pekerja untuk mengelakkan pemberhentian kerja, ketiadaan insentif untuk menggalakkan pelancongan domestik dan jaminan yang dilihat tidak menyeluruh secara keseluruhan.[9][10]
Sejurus selepas pembentangan belanjawan pada 6 November, belanjawan ini mendapat kutukan dan persoalan oleh golongan pembangkang dan orang ramai kerana memperlihatkan cubaan penghidupan semula sebuah badan kontroversi, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikenali sebagai alat propaganda kerajaan terdahulu Barisan Nasional untuk menyenapkan dan menafikan tuduhan pihak pembangkang ketika 2010-an seperti penafian skandal 1MDB dan propaganda pro-GST berkontroversi pada masa itu. Berdasarkan lampiran yang dibentangkan, JASA bakal menerima dua buah peruntukan, yakni peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru, dengan jumlah sebanyak RM85.5 juta.[11]
Pihak kerajaan sebagai tindak balas mengumumkan bahawa JASA akan dijenamakan semula menjadi Jabatan Komunikasi Komuniti, J-KOM dengan pengurangan peruntukan daripada jumlah asal, dan menegaskan bahawa J-KOM tidak akan disalah guna sebagai alat propaganda prokerajaan serta tidak akan melakukan lantikan politik bagi jawatan-jawatan tertinggi J-KOM.[12][13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.