Batu kecubung
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Batu kecubung atau ametis ialah sebuah varieti kuarza berwarna lembayung seakan warna bunga kecubung yang memberi nama kepadanya; ia kerap digunakan sebagai perhiasan.
Batu kecubung Ametis |
|
---|---|
Gugusan batu kecubung dari Magaliesburg, Afrika Selatan. |
|
Maklumat am | |
Kategori | mineral oksida |
Formula kimia | Silika (silikon dioksida, SiO2) |
Pengecaman | |
Warna | Ungu, lembayung |
Tabii hablur | Prisma bersisi 6 berakhir dalam piramid bersisi 6 (biasa) |
Sistem hablur | Trigon |
Pengembaran | Hukum Dauphine, hukum Brazil, dan hukum Jepun |
Pembelahan | Tiada |
Fraktur | Konkoidal |
Kekerasan skala Mohs | 7–bawah dalam jenis tidak tulen |
Kilau | Kekaca/berkaca |
Indeks biasan | nω = 1.543–1.553 nε = 1.552–1.554 |
Sifat-sifat optik | Ekapaksi (+) |
Dwibiasan | +0.009 (selang B-G) |
Pleokroisme | Tiada |
Guris | Putih |
Graviti tentu | 2.65 malar; berubah dalam jenis tidak tulen |
Takat lebur | 1650±75 °C |
Keterlarutan | tidak larut dalam pelarut biasa |
Diafaneiti | Lut sinar ke lut cahaya |
Ciri-ciri lain | Piezoelektrik |
Batu permata ini pernah dianggap sama nilai tingginya dengan seberapa galian lain seperti berlian, nilam, rubi dan zamrud namun merosot dengan penemuan baru sumber batu yang agak banyak di lokasi-lokasi baharu seperti Brazil pada abad ke-18.[1]
Kuarza (SiO2) ini memunculkan warna ungunya hasil penyinaran serta kehadiran surihan besi dan logam atau unsur lain mewujudkan binaan yang berkisi-kisi dalam hablur asas.[2][3][4] Batu ini adakala akan menampakkan satu atau dua rona sekunder seperti warna biru dan merah.[5]
Tahap keras batu ini sama dengan jenis-jenis kuarza umum yang lain.
Masyarakat Yunani Purba percaya bahawa batu ini mampu menghalang kemabukan[6][7] sehinggakan bekas minuman sering diukir daripada ketulan-ketulan batu ini. Hal ini turut tercermin pada nama lain batu ini, "ametis" yang datang daripada bahasa Yunani Koine ἀμέθυστος amethystos menggabungkan ἀ- a-, "tidak" dan μεθύσκω methysko atau μεθύω methyo, "memabukkan".
Batu ini dikaitkan dengan Februari dalam adat dunia Barat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.