Bank Islam Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bank Islam Malaysia Berhad (MYX: BIMB) (didaftarkan sebagai Bank Islam; tulisan Jawi: بڠک اسلام مليسيا برحد) mula beroperasi sebagai Bank Islam pertama Malaysia pada tarikh 1 Julai 1983. Bank Islam ditubuhkan pada mulanya untuk memberi alternatif kepada orang Islam di negara ini menggunakan perbankan berlandaskan Syariah.
![]() | Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (December 2019) |
![]() | |
Jenis/bentuk sah | [[Syarikat berhad|Berhad]] (MYX: BIMB) |
---|---|
Industri | Perbankan |
Ditubuhkan | 1 Mac 1983; 41 tahun yang lalu (1983-03-01) |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | DIRECTOR OF THE BANK TAN SRI DR ISMAIL HJ BAKAR (TAHUN 2020) DIRECTORS ((2023 START JULAI) ENCIK RISWAN NOR ALAM BIN ALI, Pengerusi Majlis Syariah |
Keluaran | Perbankan Pengguna, Perbankan Komersil, Perbankan Korporat |
Perkhidmatan | Perbankan Islam |
Hasil | ▲RM 2,174 juta (2010) |
Pendapatan kendalian | ▲RM 1,354 juta (2010) |
Pendapatan bersih | ▲RM 503.4 juta (2010) |
Bilangan kakitangan | 3,610 (Dis 2010) |
Syarikat induk | Lembaga Tabung Haji |
Anak syarikat | BIMB Investment Management Sdn Bhd Al-Wakalah Nominees (Tempatan) Sdn Bhd Bank Islam Trust Company (Labuan) Sdn Bhd BIMB Foreign Currency Clearing Agency Sdn Bhd Farihan Corporation Sdn Bhd |
Tapak web | www.bankislam.com.my![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Ditubuh dengan modal disahkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar berjumlah RM80 juta, dana pemegang saham Bank Islam melonjak kepada RM 2.5 bilion pada Disember 2010, suatu bukti kejayaan pelan pertumbuhan jangka panjangnya.[1]
Disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992, Bank Islam telah berkembang sebagai sebuah institusi kewangan yang disegani di negara ini. Dengan 89 buah cawangan di seluruh negara, bank ini menawarkan 50 pelbagai produk dan perkhidmatan Perbankan Islam yang inovatif dan canggih, setanding dengan yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.