From Wikipedia, the free encyclopedia
Bai Guang (27 Jun 1921 – 27 Ogos 1999), juga dikenali sebagai Pai Kwong,[1] Bai Kwong[2] dan Bai Kwang,[3] merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita China. Menjelang 1940-an, beliau menjadi salah seorang Seven Great Singing Stars.[4]
Bai Guang | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelahiran | Shǐ Yǒngfēn (史永芬 ) 27 Jun 1921 Peking, China | ||||||||||
Meninggal dunia | 27 Ogos 1999 78) | (umur||||||||||
Tempat ditanam | Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, Selangor, Malaysia | ||||||||||
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi | ||||||||||
Tahun aktif | 1943-1959 | ||||||||||
Nama Bahasa Cina | |||||||||||
| |||||||||||
Kerjaya muzik | |||||||||||
Berasal dari | China | ||||||||||
Genre | Shidaiqu, Mandopop | ||||||||||
Bai Guang dilahirkan sebagai Shi Yongfen (Cina tradisional: 史永芬 ) pada 1921 di Peking (Beijing). Semasa zaman remajanya, beliau merupakan pelajar Beiping Salon Theatrical Troupe (北平沙龍劇團 ), dan pernah beraksi di sandiwara Cao Yu, "Sunrise".[4] Pada 1937, beliau belajar di jabatan muzik Universiti Tokyo sehingga Perang Dunia II pada 1942. Selepas menghadiri sekolah drama, beliau ingin menjadi seorang bintang filem. Maka, nama pentasnya Bai Guang (白光 ), diterjemahkan kepada "Cahaya Putih".[4]
Lagu mandopop beliau kerap digunakan dalam kebanyakkan filemnya sebagai runut bunyi. Semasa zaman budaya yang mana suara bernada tinggi, sederhana, yang lazimnya disukai, beliau memiliki suara yang lunak dan lantang, yang membantunya menjadi seorang bintang filem di Shanghai.[4] Beliau digelar "Ratu Suara Rendah" (低音歌后 ).
Kerjaya Bai di layar lebar bermula pada 1943.[5] Beliau dikenali kerana menjayakan peranan menggoda kerana imej jelikannya di skrin dan juga telah menjayakan beberapa peranan jahat ketika itu. Beliau menonjolkan sikap bernada atau seksi untuk lagunya. Antara lagu terkenalnya ialah "Autumn Evening" (秋夜 ), "Without You" (如果沒有你 ), "The Pretender" (假正經 ), "Revisiting Old Dreams" (魂縈舊夢 ), dan "Waiting For You" (等著你回來 ).
Selepas peperangan, Bai Guang berpindah ke Hong Kong dan menyertai Great Wall Pictures. Pada 1949, A Forgotten Woman (蕩婦心 ) telah dipertontonkan di Hong Kong. Malah gabenor, Alexander Grantham, menjadi peminat.
Menjelang, 1950 Bai mula letih dengan filem berkualiti rendah dan bersara sebagai pelakon di China. Selepas berkahwin dengan seorang GI Amerika pada 1951, beliau tinggal di Jepun dan telah membuka sebuah kelab malam di Daerah Ginza di Tokyo pada 1953. Ia tidak bertahan lama, dan kembali ke Hong Kong, merakamkan muzik pada 1959 apabila beliau bersara secara rasmi. Pada 1969 beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia,[4] yang mana beliau mengahwini seorang lelaki yang 20 tahun lebih muda daripadanya. Beliau mengadakan persembahan pada 1979 di Kaohsiung, Taiwan. Penampilan terakhirnya ialah pada 1995 di majlis penganugerahan Hong Kong's TV Top 10 Chinese Singer Award.[4]
Beliau meninggal dunia pada 27 Ogos 1999 di Kuala Lumpur akibat kanser usus pada usia 78 tahun.[4]
Makam Bai terletak di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, Selangor, Malaysia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.