From Wikipedia, the free encyclopedia
Baht (Bahasa Thai: บาท , disebut [bàːt]; tanda: ฿, kod: THB) atau kop (Jawi: كوڤ ejaan lama كوف, juga ditulis dalam Bahasa Thai: โกะ ;[1] adakala disebut kob atau kok[2]) merupakan sebuah mata wang di Thailand. Ia dibahagikan kepada 100 satang (สตางค์ , disebut [sətāːŋ]).
Baht Thailand باة تهايلاند | |
---|---|
บาทไทย (Thai) kop (Melayu) | |
ISO 4217 | |
Kod | THB |
Nombor | 764 |
Eksponen | 2 |
Jenis mata wang | |
Subunit | |
1⁄100 | satang |
Simbol | ฿ |
Wang kertas | |
Kerap digunakan | ฿20, ฿50, ฿100, ฿500, ฿1000 |
Syiling | |
Kerap digunakan | ฿1, ฿2, ฿5, ฿10 |
Jarang digunakan | 25, 50 satang |
Demografi | |
Pengguna rasmi | Thailand |
Pengguna tidak rasmi | Kemboja Laos Myanmar |
Pengeluaran | |
Bank Thailand | |
Tapak web | www |
Pihak pencetak | Note Printing Works of the Bank of Thailand |
Kilang wang | Royal Thai Mint |
Tapak web | www |
Penilaian | |
Inflasi | 1.0% |
Sumber | Inflation (annual %), World Bank, 2011-2015 |
sunting |
Mata wang ini asalnya unit daripada timbangan matawang butir perak bernama พดด้วง photduang;[3] seunit baht atau kop ialah satu perempat daripada satu unit ตำลึง tamlueng yang setaraf dengan satu tahil.[4][5]
Simbol khusus ฿ dimasukkan ke dalam piawai Unicode sejak Versi 1.0 dan diperuntukkan U+0E3F. SWIFT meletakkan baht Thailand pada tangga ke-10 dalam senarai mata wang paling kerap digunakan pada Februari 2017.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.