From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa-bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terdiri daripada enam bahasa yang diiktiraf PBB untuk digunakan dalam pelbagai perjumpaan PBB, dan digunakan dalam penulisan kesemua dokumen rasmi PBB. Bahasa-bahasa tersebut ialah:
Bahasa-bahasa ini digunakan dalam perjumpaan pelbagai organ PBB, khususnya ketika Perhimpunan Agung (Perkara 51 dalam Peraturan Prosedur) dan Majlis Keselamatan PBB (Perkara 41 dalam Peraturan Prosedur). Setiap perwakilan sesebuah negara boleh bertutur dalam mana-mana satu daripada enam bahasa ini, atau mana-mana bahasa lain sambil menyediakan terjemahan kepada satu daripada enam bahasa-bahasa rasmi ini. Pihak PBB menyediakan pengalihan bahasa serentak dari satu bahasa rasmi kepada lima bahasa rasmi yang lain.
Keenam-enam bahasa-bahasa ini juga digunakan dalam penyebaran dokumen-dokumen rasmi PBB. Sebelum dokumen tersedia dalam kesemua enam bahasa, ia tidak akan dicetakkan. Umumnya, teks dalam setiap dari enam bahasa adalah sama rata secara autoritif.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.