bahasa Sumer kuno From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Sumeria atau Sumer(Sumeria: 𒅴𒂠, rumi:Emeg̃ir, lit.''bahasa ibunda''code: sux is deprecated ; Jawi:بهاس سوميريا/سومرcode: ms is deprecated ) ialah bahasa Sumeria purba. Ia antara bahasa tertua yang disahkan usianya, digunakan seawal 2900 SM. Ia dipercayai adalah bahasa pencilan, satu-satunya bahasa yang dituturkan di kawasan Mesopotamia purba, di Iraq zaman moden.
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.
Tutup
Bahasa Akkadia, sebuah bahasa Semitik, secara beransur-ansur menggantikan bahasa Sumeria sebagai bahasa pertuturan di Mesopotamia s.2000SM (tarikh tepatnya diperdebat)[3] tetapi bahasa Sumeria terus digunakan sebagai bahasa suci, istiadat, sastera dan sains di negeri-negeri Mesopotamia yang berbahasa Akkadia seperti Assyria dan Babylonia sehingga abad ke-1 Masihi.[4][5] Selepas itu, ia telah dilupakan sehinggalah abad ke-19, apabila ahli Assyriologi mula mentafsirkan batu dan papan bersurat yang digali serta ditulis dalam tulisan pepaku oleh penuturnya dahulu.
Sejarah penulisan bahasa Sumeria boleh dibahagikan kepada beberapa zaman:[7]
Sumeria Purba atau Arkaik– s.2900SM hingga s.2600SM
Sumeria Kuno atau Klasik– s.2600SM hingga s.2100SM
Neo-Sumeria– s.2100SM hingga s.1700SM
Pasca-Sumeria– selepas s.1700SM.
Bahasa Sumeria Purba ialah peringkat terawal yang mengandungi bahan linguistik, bermula dengan zaman Dinasti Awal dari sekitar 2900 SM hingga 2600 SM. Ia menggantikan zaman penulisan purba, yang berlangsung dari kira-kira 3300 SM hingga 2900 SM.
Istilah "Pasca-Sumeria" ialah zaman apabila bahasa Sumeria sudah pupus dan hanya dipelihara oleh orang Mesopotamia sebagai bahasa sembahyang dan klasik untuk tujuan keagamaan, kesenian dan keilmuan. Bahasa Sumeria dipercayai pupus pada penghujung Dinasti Ketiga Ur, negeri yang majoritinya orang Sumeria yang terakhir di Mesopotamia, sekitar 2000 SM. Namun, ini hanyalah anggaran, kerana ramai pakar berpendapat bahawa Sumeria sudah pupus atau sedang pupus seawal s.2100SM, pada permulaan zaman Ur III,[3][8] dan yang lain percaya bahawa bahasa Sumeria masih hidup ketika itu sebagai bahasa pertuturan, di sebahagian kecil Mesopotamia Selatan (Nippur dan sekitarnya) sehingga selewat-lewatnya 1700 SM.[3] Walau apa pun status bahasa Sumeria penuturan, dari 2000 dan 1700 SM banyak teks sastera dan senarai perkataan Sumeria-Akkadia dwibahasa dibuat, terutamanya di sekolah jurutulis Nippur. Dokumen-dokumen sekolah Sumeria dari Dinasti Negeri Laut ditemui di Tell Khaiber, beberapa di antaranya menyebut seorang raja bernama Aya-dara-galama.[9]
Dewart, Leslie (1989). Evolution and Consciousness: The Role of Speech in the Origin and Development of Human Nature. Toronto: University of Toronto Press. ISBN0-8020-2690-7.
Edzard, Dietz Otto (2003). Sumerian Grammar. Leiden: Brill. ISBN90-04-12608-2. (rawatan tatabahasa untuk pelajar lanjutan)
Halloran, John (11 Ogos 1999). "Sumerian Lexicon"(PDF). Sumerian Language Page. Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 26 Januari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
Hayes, John (1990; eds semakan ke-3. 2018), A Manual of Sumerian: Grammar and Texts. UNDENA, Malibu CA. ISBN978-0-9798937-4-2. (primer untuk pelajar permulaan)
Hayes, John (1997), Sumerian. Languages of the World/Materials #68, LincomEuropa, Munich. ISBN3-929075-39-3. (m/s 41 ketepatan tatabahasa)
Jagersma, B. (2009), A Descriptive Grammar of Sumerian, Universitet Leiden, The Netherlands.
Jestin, J. (1951), Abrégé de Grammaire Sumérienne, Geuthner, Paris. ISBN2-7053-1743-0. (Gambaran keseluruhan dan lakaran m/s 118, dalam bahasa Perancis)
Michalowski,Piotr, (2004), "Sumerian", The Cambridge Encyclopedia of the World's Ancient Languages m/s 19–59, peny. Roger Woodward. Cambridge: Cambridge University Press, ISBN978-05-2156-256-0.
Pinches, Theophilus G., "Further Light upon the Sumerian Language.", Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, 1914, m/s 436–40
Rubio, Gonzalo (2007), "Sumerian Morphology". In Morphologies of Asia and Africa, jil. 2, m/s1327–1379. Disunting oleh Alan S. Kaye. Eisenbrauns, Winona Lake, IN, ISBN1-57506-109-0.
Thomsen, Marie-Louise (2001) [1984]. The Sumerian Language: An Introduction to Its History and Grammatical Structure. Copenhagen: Akademisk Forlag. ISBN87-500-3654-8. (Tersusun dengan lebih daripada 800 petikan teks terjemahan.)
Volk, Konrad (1997). A Sumerian Reader. Rom: Pontificio Istituto Biblico. ISBN88-7653-610-8. (koleksi teks Sumeria, ada yang ditranskripsi, tiada yang diterjemahkan)
Zólyomi, Gábor. 2017. An Introduction to the Grammar of Sumerian. Buku teks Open Access, Budapest.
Friedrich Delitzsch (1914). Sumerisches glossar. J. C. Hinrichs. m/s.295. Dicapai pada 2011-07-05.
Diarkibkan 2023-03-11 di Wayback MachineGeng, Jinrui, "An Outline of the Synchronic and Diachronic Variations of Sumerian", 2nd International Conference on Education, Language and Art (ICELA 2022). Atlantis Press, 2023.
Halloran, J. A. (2007). Sumerian lexicon: a dictionary guide to the ancient Sumerian language. Los Angeles, Calif: Logogram. ISBN0-9786429-1-0