Bahasa Melayu Sabah
loghat Sabah / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Sabah ialah dialek Bahasa Austronesia yang ditutur oleh masyarakat di Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia Timur, pulau Borneo. Bahasa Sabah mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Indonesia baku dipakai rasmi di Malaysia atau bahasa Malaysia, namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.
Bahasa Sabah | |
---|---|
Bahasa Sabah, Cakap Sabah | |
Asli kepada | ( Sabah) Malaysia |
Kawasan | Sabah, Labuan, Sulu, Palawan (Filipina), Kalimantan Utara (Indonesia) |
Etnik | Kadazan-Dusun, India, Murut, Bajau, Orang Sungai, Suluk, Melayu Brunei, Kedayan, Melayu Cocos, Lundayeh, Iranun, Rungus, Cina, dsb. |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | msi |
Gaya bahasa yang dituturkan dalam negeri tu sendirinya boleh membeza hasil pengaruh bahasa-bahasa tempatan:
- Bahasa Sabah di kawasan Papar, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang serta di Wilayah Persekutuan Labuan banyak dipengaruhi oleh Bahasa Melayu Brunei.[1]
- Bahasa Sabah di Pantai Timur Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Kalabakan, Tawau, Kunak dan Semporna) pula mendapat pengaruh daripada Bahasa Suluk, Bahasa Tagalog dan Bahasa Indonesia yang dituturkan masyarakat Indonesia yang berjiranan sepulau di Kalimantan. (EIIII ANO ITI? ISAI NOH TONGO TULUN APANDAI MAMARONG MANGUBAH2 ITI??? LIKE WTH IS PENGARUH BAHASA SULUK, TAGALOG DAN INDONESIA???????????? LIKE WHAT THE BAKAS OOO? SOMBO SUMBAR NU? CUBA? PAINTONGON POH OKU)
- daerah-daerah seperti Ranau, Tenom, Keningau, Tambunan, Kota Belud, Pitas, Tuaran, Kota Marudu, Telupid, Penampang, Kudat, Tongod, Beluran dan sebagainya banyak dipengaruhi oleh bahasa Dusunik (termasuk Bahasa Kadazandusun[1])/Paitanik/Murutik dengan campuran sedikit baku-baku Malaysia, Bahasa Indonesia malah juga Bahasa Tagalog.
Perbezaan ini ialah daripada (contohnya, Bahasa Kadazan, Bahasa Bajau, Bahasa Dusun, Bahasa Suluk, Bahasa Rungus dan Bahasa Murut) dan bahasa-bahasa negara jiran (Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Suluk, Bahasa Tagalog dan Bahasa Indonesia). Sebagai contoh, ketiga-tiga sub-varian turut mempraktikan akhiran sama iaitu menggunakan akhiran baku "a" berbanding kepada akhiran "e" yang digunakan sebagai standard di Malaya Malaysia.