Bahasa Iceland
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Iceland ([íslenska (bantuan·maklumat)]) merupakan sebuah Bahasa Jermanik Utara dan bahasa ibunda orang Iceland banyak tertumpu di pulau Iceland yang menjadikan ia bahasa rasmi negara pulau tersebut.[3] Bahasa yang terdekat ialah Bahasa Faroe dan loghat-loghat Bahasa Norway barat seperti Sognamål.
Bahasa Iceland | |
---|---|
íslenska | |
Sebutan | [ˈistlɛnska] |
Asli kepada | Iceland, Denmark, Amerika Syarikat,[1] dan Kanada[2] |
Kawasan | Iceland |
Penutur bahasa | 314,000[3] |
Indo-Eropah
| |
Abjad Rumi (jenis Iceland) | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Iceland |
Dikawal selia oleh | Institusi Árni Magnússon untuk Kajian Iceland |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | is |
ISO 639-2 | ice (B) isl (T) |
ISO 639-3 | isl |
Bahasa ini dtuturkan bukan sahaja 300,000 orang yang menduduki pulau Iceland di utara Eropah tetapi juga sekitar 8,000 orang di Denmark di tanah besar benua,[4] 5,000 orang di Amerika Syarikat[1] serta lebih 1,400 orang di Kanada[2] tertumpu di pesisiran Tasik Winnipeg provinsi Manitoba diduduki orang itu pada tahun 1880-an.
Bahasa ini terkenal dengan pendekatan menciptakan perbendaharaan kata baharu secara mengelak daripada kata pinjaman bahasa-bahasa asing tetapi sebaliknya mendekati unsur asal bahasa yang sedia ada[5][6] memajukan pengetahuan semasa bangsa Iceland sambil menghubungkan dengan warisan persuratan lama mereka.[7]