![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/ce/Map-IranianLanguages.png/640px-Map-IranianLanguages.png&w=640&q=50)
Bahasa-bahasa Iran
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai rumpun bahasa. Untuk bahasa dituturi di Iran moden, sila lihat Bahasa di Iran. Untuk bahasa rasmi Iran, sila lihat Bahasa Parsi.
Bahasa-bahasa Iran ialah cabang daripada bahasa-bahasa Indo-Iran yang merupakan sebahagian bahasa-bahasa Indo-Eropah. Para penutur bahasa-bahasa Iran sering disebut sebagai Bangsa Iran. Bahasa ini dibahagi dalam tiga tahap sejarah - bahasa Iran Kuno (hingga 400 SM), bahasa Iran pertengahan (400 SM - 900 M) dan Iran Baru (sejak 900 M). Bahasa Iran Kuno meliputi bahasa Parsi Kuno dan Bahasa Avesta. Bahasa pertengahan pula meliputi bahasa Parsi Pertengahan, Parthia dan Baktria.
Fakta Segera Etnik:, Taburan geografi: ...
Bahasa-bahasa Iran | |
---|---|
Etnik: | Bangsa Iran |
Taburan geografi: | Asia Barat Daya, Kaukasus, Eropah Timur, Asia Tengah dan bahagian barat Asia Selatan |
Klasifikasi bahasa: | Indo-Eropah
|
Bahasa-proto: | Proto-Iran |
Pembahagian: |
|
ISO 639-5: | ira |
Linguasphere: | 58= (phylozone) |
Glottolog: | iran1269[1] |
![]() Negara dan kawasan bahasa-bahasa Iran dituturkan |
Tutup
Pada 2008, diperkirakan ada sekitar 150-200 juta orang penutur bahasa ibunda Iran.[2] Ethnologue mengesahkan ada 86 bahasa yang termasuk dalam kelompok ini,[3][4] dengan bahasa-bahasa dengan jumlah penutur terbanyak termasuk Bahasa Parsi, Pashtun, Kurdi dan Balochi.[5]