Bagel
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagel (disebut [ba.gĕl], diserap daripada Bahasa Yiddish: בײגלcode: yi is deprecated beygl; Poland: bajgielcode: pl is deprecated ) atau juga beigel (disebut [ˈbeɪɡəl,[1] sebutan terdekat béi.gĕl]) ialah sejenis roti yang lazim dalam masakan masyarakat Yahudi Poland. Roti ini dihasilkan dengan membentuk doh gandum beryis dengan tangan menjadi bentuk cincin sebesar tangan yang kemudiannya direbus dalam masa yang singkat dan seterusnya dibakar. Hasilnya adalah padat, kenyal, pucat dalaman dengan perang dan kadang-kadang segar luar. Bagel sering dihiaskan biji-biji yang ditabur di luar kerak seperti popi, bunga matahari atau bijan; bahkan sesetengah resipi bagel mungkin juga akan ditaburkan garam di atas permukaannya. Terdapat juga pelbagai jenis doh yang digunakan seperti daripada gandum atau rai.[2][3]
Bagel | |
---|---|
Nama alternatif | Bajgiel, beigel, beygl |
Jenis | Roti |
Tempat asal | Poland |
Kawasan/rantau | Eropah Tengah dan Timur, Amerika Utara, Israel |
Bahan utama | Tepung gandum |
sunting · sunting di Wikidata |
Makanan ini kini menjadi sangat masyhur di Amerika Utara terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai kependudukan masyarakat kaum Yahudi besar dengan cara-cara mereka membuat roti tersebut yang tersendiri. Ia boleh didapati segar atau beku dalam pelbagai rasa di banyak pasar raya utama dalam negara-negara benua tersebut.