Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak
pertubuhan isteri wakil rakyat di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak atau BAIDURI ialah sebuah pertubuhan di Malaysia yang dianggotai oleh isteri anggota dan bekas anggota badan perundangan di Perak. Ia merupakan salah sebuah pertubuhan yang bersekutu dengan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)[1]. Secara tradisinya, ia diketuai oleh isteri kepada Menteri Besar Perak dari Barisan Nasional. BAIDURI ditubuhkan pada 13 Disember 1983[2].