Bertie Charles Forbes (/fɔːrbz/; 14 Mei 1880 – 6 Mei 1954) merupakan wartawan kewangan dan pengarang Scotland yang mengasaskan majalah Forbes.[1]
B. C. Forbes | |
---|---|
Kelahiran | Bertie Charles Forbes 14 Mei 1880 |
Meninggal dunia | 6 Mei 1954 73) | (umur
Warganegara | Scotland Amerika |
Pusat pendidikan | Universiti St Andrews |
Pekerjaan | Wartawan, pengarang, penerbit |
Pasangan | Adelaide Mary Stevenson (1896-1954) |
Forbes dilahirkan di New Deer, Aberdeenshire, di Scotland, anak lelaki kepada pasangan Agnes (Moir) dan Robert Forbes, seorang penjaga stor dan tukang jahit. Selepas belajar di Kolej Universiti, Dundee (kemudian sebahagian daripada Universiti St Andrews), pada 1897 Forbes bekerja sebagai wartawan dan penulis editorial bersama akhbar tempatan sehingga 1901 apabila beliau berpindah ke Johannesburg, Afrika Selatan, di mana beliau bekerja di Rand Daily Mail di bawah penyunting pertamanya, Edgar Wallace.[2] Beliau berhijrah ke New York City di Amerika Syarikat pada 1904 di mana beliau diupah sebagai penulis dan penyunting kewangan di Journal of Commerce sebelum menyertai akhbar Hearst sebagai kolumnis pensindiketan pada 1911. Beliau meninggalkan Hearst selepas dua tahun untuk menjadi penyunting kewangan dan perniagaan di New York American sehingga 1916.
Beliau mengasaskan majalah Forbes pada 1917 dan kekal sebagai ketua pengarangnya sehingga kematiannya New York City pada 1954, biarpun dibantu pada tahun-tahun berikutnya oleh Bruce Charles Forbes (1916–1964) dan Malcolm Stevenson Forbes (1919–1990), dua anaknya.
Forbes ialah pengasas Investors League pada 1942. Beliau meninggal dunia pada 6 Mei 1954.[1][3] Jasadnya dibawa pulang ke negara kelahirannya, Scotland, dan disemadikan di New Deer Churchyard di Hill of Culsh di New Deer, Aberdeenshire.
B.C. Forbes telah menulis beberapa buku:
- Finance, Business and the Business of Life (1915)
- Men Who Are Making America (1917)
- Forbes Epigrams (1922)
- Men Who are Making the West (1923)
- Automotive Giants of America (1925)
- How to Get the Most Out of Business (1927)
- 101 Unusual Experiences (1952)
- America's Twelve Master Salesmen (1952)
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.