From Wikipedia, the free encyclopedia
Azra'ie Zakaria (lahir di Bengkalis, 31 Julai 1947 – meninggal di Jakarta, 18 Julai 2019 pada umur 71 tahun) ialah seorang ulama, pensyarah, dan penulis berkebangsaan Indonesia.
Azra'ie Zakaria | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 18 Julai 2019 71) Jakarta, Indonesia | (umur
Warganegara | Indonesia |
Pusat pendidikan | Universiti al-Azhar |
Pekerjaan |
|
Pasangan | Athiah Muhayat (k. 1983–2019) |
Anak-anak | 3 |
Bapa | Zakaria bin Muhammad Amin |
Saudara | Tuan Guru Haji Ahmad (datuk) Siti Zainab (ibu tiri) Gamal Abdul Nasir Zakaria (adik tiri sebelah bapa) Rita Puspa Zakaria (adik tiri sebelah bapa) |
Azra'ie Zakaria dilahirkan pada 31 Julai 1947 di Bengkalis, Riau, sebagai anak kelima dan putera kedua daripada tujuh anak kepada Zakaria bin Muhammad Amin, seorang ulama, dan Mariah binti Ahmad (1900–1955), seorang suri rumah.[1][2] Beliau mempunyai dua saudara lelaki, Nashruddin (1934–1999), seorang penjawat awam, dan Syakrani Zakaria (lahir 1952), seorang ketua pelabuhan, dan empat saudara perempuan, Aminah (1938–2011), seorang guru, Zaharah (1942–2007), seorang ahli politik, Ulfah (lahir 1943), seorang pakar sakit puan, dan Hanim Zakaria (lahir 1950), seorang guru.[1][2] Azra'ie juga memiliki tiga saudara lelaki sebelah bapa, Zulkarnain (lahir 1957) dan Nukman (lahir 1960), kedua-duanya adalah penjawat awam, dan Gamal Abdul Nasir Zakaria (lahir 1965), seorang pensyarah, dan empat saudara perempuan sebelah bapa, Rinie Yuslina Fairuz (1964–2021) dan Rita Puspa (lahir 1967), kedua-duanya adalah penjawat awam, dan Nida Suryani (lahir 1971) dan Sri Purnama Zakaria (lahir 1973), kedua-duanya adalah guru, daripada pernikahan kedua bapanya dengan Siti Zainab binti Kimpal.[1][3] Datuk sebelah ibunya, Tuan Guru Haji Ahmad, merupakan seorang ulama yang pertama kali menubuhkan institusi pendidikan Islam di Bengkalis, pada tahun 1900-an.[4]
Azra'ie menikah dengan Athiah Muhayat, seorang pensyarah, pada 1 Disember 1983, dan mempunyai seorang anak laki-laki bernama Adri Imaduddin Azra'ie (lahir 1990), dan dua orang anak perempuan bernama Ilham Zurriyati (lahir 1984) dan Maya Fadlilah Azra'ie (lahir 1986).[1]
Azra'ie memulai kariernya sebagai pensyarah di Universiti Islam As-Syafiiyah.[2] Bersama dengan istrinya Athiah, ia menerbitkan sebuah buku biografi berjudul Ibnu Sahnun: Pemikir Pertama Pendidikan Islam (2008) yang menceritakan riwayat hidup cendekiawan muslim asal Tunisia, yaitu Ibnu Sahnun.[5]
Azra'ie meninggal dunia di RSAU dr. Esnawan Antariksa yang berada di Makasar, Jakarta Timur, pada 18 Julai 2019 akibat diabetes yang dihidapinya pada usia 71 tahun.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.