![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/e/ed/AzizanAbdulRazak.jpg/640px-AzizanAbdulRazak.jpg&w=640&q=50)
Azizan Abdul Razak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (25 Oktober 1944 - 26 September 2013) merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti Keadilan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.[1].
Azizan Abdul Razak | |
---|---|
![]() | |
Menteri Besar Kedah ke-10 | |
Dalam jawatan 9 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
Didahului oleh | Dato' Seri Mahdzir Khalid |
Digantikan oleh | Dato' Paduka Mukhriz Mahathir |
Pesuruhjaya PAS Kedah | |
Dalam jawatan 2003–2013 | |
Didahului oleh | Fadzil Mohd Noor |
Digantikan oleh | Mahfuz Omar |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk N20 Sungai Limau | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 26 September 2013 | |
Didahului oleh | DUN baharu, menggantikan Sala |
Digantikan oleh | Mohd Azam Abdul Samat |
Majoriti | 2,774 (PRU-13) |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk N20 Sala | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Ahmad Awang |
Digantikan oleh | DUN dikenali sebagai Sungai Limau |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1944-10-25)25 Oktober 1944 Alor Setar, Kedah |
Meninggal dunia | 26 September 2013(2013-09-26) (umur 68) Alor Setar, Kedah |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Puan Sri Faeqah Sheikh Hamzah Shamsiah Shafie |
Anak-anak | 14 anak |
Pekerjaan | Bekas pensyarah, Ahli politik |
Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40petang (Ahad),bersamaan 9 Mac 2008.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Dato' Seri".
Pengurniaan darjah ini telah disempurnakan oleh Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit sempena sambutan Jubli Emas baginda. Pada 1 Jun 2013, beliau merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran "Tan Sri".[2]