Ayam goreng
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi ayam goreng di Nusantara, lihat Ayam goreng (Nusantara).
Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.
Fakta Segera Jenis, Jenis sajian ...
Ayam goreng | |
---|---|
Jenis | Hidangan ayam, Gorengan, santapan |
Jenis sajian | Hidangan utama |
Suhu penghidangan | Panas atau sejuk |
Bahan utama | Ayam |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.