From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Dr. Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (Jawi: اوڠ عبد العزيز بن جنيد) ialah ulama Islam dan Mufti Kerajaan Brunei sekarang.[1][2][3] Sebagai Mufti Kerajaan, beliau merupakan pihak berkuasa sah dan ugama orang Islam Ahli Sunah Waljamaah yang terkanan dan yang paling berpengaruh di dalam negara. Sebelum 22 Oktober 2015, beliau merupakan salah satu pemegang jawatan bukan bertaraf menteri di Kabinet Brunei.[4]
Awang Abdul Aziz bin Juned | |
---|---|
Mufti Kerajaan Brunei | |
Memegang jawatan 1 September 1994 | |
Raja | Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah |
Timbalan | Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin |
Didahului oleh | Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Setia Pahlawan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan), Brunei | 22 Disember 1941 /3 Zulhijah 1360
Kerakyatan | Brunei |
Pasangan | Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammad |
Anak-anak | 2 lelaki dan 1 perempuan |
Profesion | Ulama |
Dikenali kerana | Fatwa, penubuhan hukum hudud di Brunei |
Yang Berhormat Pehin melanjutkan pelajaran ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura pada tahun 1955. Beliau kemudian melanjutkan pengajian tinggi di Kolej Islam Malaya pada tahun 1962 dan Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1968.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.