From Wikipedia, the free encyclopedia
Asmara 2 adalah merupakan sebuah drama percintaan dan kekeluargaan yang penuh dengan lonflik kehidupan. Drama bersiri yang diarahkan oleh Heykal Hanafiah ini merupakan kesinambungan kisah dari musim pertama. Dibintangi oleh Shahz Jaszle, Faezah Elai, Faralyna Idris, Marsha Londoh dan ramai lagi.
Asmara 2 | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Keluarga Konflik |
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
Pengarah | Heykal Hanafiah |
Dibintangi oleh | Shahz Jaszle Faezah Elai Faralyna Idris Fezrul Khan Fiza Halim Marsha Londoh |
Lagu pembukaan | "Menyesal" nyanyian 6ixth Sense |
Lagu penutup | "Menyesal" nyanyian 6ixth Sense |
Penggubah | Gjie |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor Runika Mohd Yusof |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lestary) |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 8 Mac 2011 – 31 Mei 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hani |
Diikuti oleh | Ana lu'lu |
Rancangan berkaitan | Asmara |
Pada musim sebelumnya, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam keadaan koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan tidak mahu lagi menyusahkan hidup Asmara sekaligus ingin menyingkirkan Asmara terus daripada kehidupan Zaliya buat selamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria. Zaliya juga telah menukarkan penampilannya serta mengubah identitinya sebagai Suhana agar dia dapat bebas untuk bertemu dan melihat Adam, anaknya yang telah dilahirkan sebelum ini.
Suatu hari, Melati telah terlihat kelibat Zaliya di pusat membeli belah namun Melati tidak berkesempatan untuk bersemuka terus. Namun Melati bertekad untuk merahsiakannya daripada Asmara sehinggalah Asmara sendiri juga telah terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya memperdaya Asmara dengan berlagak seolah-olah tidak mengenalinya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Manakala Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.