Asalan (matematik)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Asalan (matematik)
Remove ads

Dalam matematik, asalan (kata dasar اصل asal serapan Arab: أَصْل, rumi: aṣl "pangkal; umbi"[1]) bagi suatu ruang Euclides ialah satu titik khas, biasanya ditandai dengan huruf O, digunakan sebagai satu titik rujukan tetap untuk geometri ruang sekeliling.

Thumb
Asalan bagi suatu sistem koordinat Cartes.

Koordinat Cartes

Dalam sistem koordinat Cartes, asalan ialah titik persilangan paksi-paksi sistem itu.[2] Asalan membahagi setiap paksi tersebut kepada dua, separa paksi positif dan separa paksi negatif.[3] Kemudian, titik boleh diletakkan dengan rujukan asalan dengan memberikan koordinat berangkanya—iaitu, kedudukan-kedudukan unjurannya di sepanjang setiap paksi, sama ada pada arah positif atau negatif. Kesemua koordinat asalan sentiasalah sifar, contohnya (0,0) dalam dua dimensi dan (0,0,0) dalam tiga dimensi.[2]

Remove ads

Sistem koordinat lain

Dalam sistem koordinat kutub, asalan mungkin juga dipanggil kutub. Ia sendiri tidak mempunyai koordinat kutub jelas, kerana koordinat kutub bagi titik menyertakan sudut yang dibuat oleh paksi x positifi dan sinar dari asalan ke titik itu, dan sinar ini adalah tidak jelas untuk asalannya sendiri.[4]

Dalam geometri Euclides, asalan mungkin dipilih dengan bebas sebagai mana-mana titik rujukan sesuai.[5]

Asalan bagi satah kompleks boleh dirujuk sebagai titik persilangan antara paksi benar dengan paksi khayalan. Lain kata, ia merupakan nombor kompleks sifar.[6]

Remove ads

Lihat juga

  • Vektor nol, satu titik beranalog bagi suatu ruang vektor
  • Titik pada satah paling dekat dengan asalan
  • Fungsi asas jejari, fungsi yang hanya bergantung pada jarak dari asalan

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads