Arus Lilitan Antartika
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arus Lilitan Antartika (bahasa Inggeris: Antartic Circumpolar Currentcode: en is deprecated , ACC; Jawi: اروس ليليتن انترتيکاcode: ms is deprecated ) merupakan arus lautan yang mengalir mengikut arah jam dari barat ke timur sekitar Antartika. Nama alternatif bagi ACC ialah Hanyutan Angin Barat (Jawi: هاڽوتن اڠين بارتcode: ms is deprecated ). ACC adalah ciri aliran dominan Lautan Selatan dan mempunyai angkutan min 100-150 Sverdrup (Sv, juta m³/s), menjadikannya arus lautan terbesar.[1] arus adalah lilit kutub atau mengelilingi kutub disebabkan oleh ketiadaan sebarang daratan menyambung dengan Antartika dan ini membolehkan air laut hangat menjauhi Antartika, membolehkan benua tersebut untuk mengekalkan lapisan ais yang besar.
Berkaitan dengan Arus Lilitan ialah Penumpuan Antartika, di mana air sejuk Antartika bertemu dengan perairan yang lebih panas daripada subantartika, mewujudkan zon lonjakan nutrien menggalakkan tumbesaran fitoplankton pada tahap tinggi dengan kopepod dan kril yang berkaitan lalu mewujudkan asas rantai makanan menyokong ikan, ikan paus, anjing laut, penguin, burung-burung laut dan pelbagai spesies lain.
ACC telah dikenali pelayar selama berabad-abad; ia banyak mempercepatkan sebarang perjalanan dari barat ke timur, tetapi membuat pelayaran amat sukar dari timur ke barat; walaupun kebanyakannya disebabkan oleh angin barat. Keadaan ini menyebabkan pemberontakan di Bounty dan cerita Jack London "Make Westing" (Menuju Barat) dengan sendu mengambarkan kesukaran disebabkannya kepada pelaut yang ingin mengelilingi Cape Horn dalam laluan kapal pelayaran antara New York dan California.[2] Laluan kapal layar, yang merupakan laluan pelayaran yang paling pesat di seluruh dunia, mengikut ACC sekitar tiga tanjung benua – Cape Agulhas (Afrika), South East Cape (Australia) dan Cape Horn (Amerika Selatan).
Arus ini mencipta gir-gir Ross dan Weddell.