![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a7/Ararat_view_from_plane_under_Naxicivan_Sharur.jpg/640px-Ararat_view_from_plane_under_Naxicivan_Sharur.jpg&w=640&q=50)
Ararat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Ararat (bahasa Turki: Ağrı Dağı; bahasa Armenia: Արարատ) atau juga dikenali sebagai Gunung Masis (Մասիս Templat:IPA-hy;).[4] merupakan sebuah gunung berapi pendam yang bersalju di negara Turki. Ia mempunyai dua buah puncak gunung iaitu Ararat Besar dan Ararat Kecil. Ararat Besar adalah puncak tertinggi di Turki dan keseluruhan Tanah Tinggi Armenia dengan ketinggian 5,137 meter (16,854 ka) manakala ketinggian bagi Ararat Kecil pula adalah 3,896 meter (12,782 ka).
Gunung Ararat | |
---|---|
![]() | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 5,137 m (16,854 ka) |
Tonjolan | 3,611 m (11,847 ka) |
Pengasingan | 379.29 kilometer (235.68 bt) |
Senarai | Titik tinggi negara Ultra |
Geografi | |
Lokasi | Bandar terdekat, laluan untuk pendaki:[note 1] Doğubayazıt, Wilayah Ağrı, Turki[1] |
Geologi | |
Jenis gunung | Stratovolkano |
Letusan terakhir | 1840[2] |
Pendakian | |
Pendakian pertama | 1829 Dr. Friedrich Parrot dan Khachatur Abovian[3] |
Garis pusat massif Ararat adalah 40 kilometer (25 bt). Sempadan Iran–Turki terletak di sedikit timur dari Ararat Kecil. Di kawasan itu, Konvensyen Tehran 1932 telah diadakan dimana perubahan sempadan antara dua negara yang memihak kepada Turki itu telah dibuat. Dengan perjanjian tersebut, Turki dibenarkan untuk menduduki kawasan rusuk timur Ararat Kecil.[5]
Gunung Ararat dalam tradisi Kristian–Yahudi mempunyai kaitan dengan "Pergunungan Ararat" di mana menurut kitab Kejadian, bahtera Nuh berlabuh di situ selepas mengharungi banjir hebat melanda tanahnya. Gunung ini juga memainkan peranan penting dalam tradisi dan nasionalisme Armenia terutamanya sebagai puncak tumpuan utama asal-usul bangsa Armenia serta rangkuman suatu Armenia Raya, Ia juga boleh dilihat pada jata negara tersebut.