From Wikipedia, the free encyclopedia
Apple Pay ialah khidmat pembayaran mudah alih yang disediakan Apple Inc. membantu para pengguna produk keluaran syarikat tersebut membayar transaksi secara langsung. Kemudahan ini boleh didapati dalam talian mahupun menggunakan gedung aplikasi itu sendiri menyokong peranti-peranti iPhone, Apple Watch, iPad, dan Mac. Sistem ini mendigitasikan nombor atau cip pengenalan kad kredit atau kad debit di terminal titik jual; malah ia tidak memerlukan terminal nirsentuh khusus kepada peranti Apple sebaliknya boleh diterima sebarang yang menerima sarana pembayaran tersebut.[1] Kaedah ini menambahkan pengesahan dwibukti melalui Touch ID, Face ID, nombor pengenalan peribadi atau kod laluan; di mana peranti berhubung secara nirwayar dengan sistem-sistem titik jual semedan dekat dengan unsur keselamatan tertambat (embedded secure element, eSE) untuk menyimpan data pembayaran peribadi secara selamat dan melakukan fungsi kriptografi, serta pengesahan biometrik Touch ID dan Face ID disediakan Apple Sendiri.
Apple Pay | |
---|---|
Pembangun | Apple Inc. |
Pelancaran pertama | 20 Oktober 2014 |
Sistem pengendalian | iOS 8.1 atau kemudian (iOS 10 atau kemudian bagi Apple Pay dalam web) (iOS 11.2 atau kemudian untuk Apple Cash) Semua versi watchOS macOS Sierra atau kemudian |
Pelantar |
|
Jenis | Sistem pembayaran |
Lesen | Berhak milik |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | apple.com/apple-pay/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Sistem ini diperkenalkan ketua pegawai eksekutif Apple, Tim Cook, semasa acara pelancaran iPhone 6 pada 9 September 2014.[2] Ia mula diluaskan masuk pasaran antarabangsa di United Kingdom pada Julai 2015.[3] Khidmat ini kemudiannya masuk pasaran Asia melalui China secara kerjasama dengan 15 buah bank utama di sana pada 17 Disember 2015[4] sebelum dibuka kepada pelanggan serata negara itu pada 18 Februari 2016.[5] Apple Pay mula dilancarkan serantau Nusantara melalui Singapura pada April 2016.[6][7] Ia dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2022.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.