From Wikipedia, the free encyclopedia
Aplikasi COVID-19 ialah aplikasi selular yang digunakan untuk penjejakan kontak digital sepanjang pandemik COVID-19. Aplikasi ini membantu menjejaki sesiapa sahaja yang pernah bertemu dengan orang yang dijangkiti.
Aplikasi COVID-19 | |
---|---|
Genre | Aplikasi selular |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejumlah aplikasi telah dibangunkan dan dirancang, beberapa di antaranya dibantu oleh pemerintahan setempat. Sejumlah kerangka kerja juga telah dibangunkan. Meskipun demikian, aplikasi-aplikasi ini mencetuskan beberapa masalah privasi, terutama penggunaan sistem yang berasaskan pada penjejakan lokasi geografi.
Alternatif lain untuk menjejaki kontak antara pengguna ialah penggunaan Bluetooth untuk mengesan jarak antara telefon bimbit penggunanya. Pada 10 April 2020, Google dan Apple bersama-sama mengumumkan bahawa mereka akan mengintegrasikan aplikasi berbasaskan Bluetooth menuju sistem pengendalian Android dan iOS mereka. Aplikasi COVID-19 India bernama Aarogya Setu berjaya menjadi aplikasi yang paling pantaa berkembang, mengalahkan Pokémon Go dengan 50 juta pengguna pada 13 hari pertama pelancaran.
Penjejakan kontak merupakan salah satu elemen penting dalam mengawal sesuatu wabak. Namun, seiring dengan meningkatnya jumlah kes, penjejakan kontak semakin sukar dilakukan.[2][3] Penjejakan kontak digital dapat lebih berkesan berbanding kaedah penjejakan tradisional apabila diaplikasikan pada khalayak secara meluas. Pada Mac 2020, sebuah permodelan yang dilakukan oleh pasukan dari Big Data Institute di Universiti Oxford menemui bahawa apabila 80% penduduk suatu bandar yang memiliki populasi satu juta orang menyumbang dalam sistem penjejakan ini, wabah koronavirus di bandar tersebut dapat dikawal. Senario yang digunakan pada permodelan tersebut membolehkan orang-orang lanjut usia melakukan pengasingan mandiri, sementara orang-orang yang bukan lanjut usia dan tidak menunjukkan gejala tetap melakukan aktiviti di luar rumah hingga mendapat peringatan bahawa mereka kemungkinan berisiko terdedah dengan COVID-19.[4][5] Meskipun demikian, aplikasi penjejak seperti ini cukup sukar diterapkan kerana masalah privasi.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.