From Wikipedia, the free encyclopedia
Sweety Shetty (lahir 7 November 1980), lebih dikenali sebagai Anushka Shetty, ialah seorang pelakon dan model India yang bekerja di industri filem Telugu dan Tamil. Beliau telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Anugerah CineMAA, Anugerah Nandi, Anugerah Filem Tamil Nadu dan tiga Anugerah Filmfare dari lapan pencalonan.
Anushka Shetty | |
---|---|
Kelahiran | Sweety Shetty[1] 7 November 1980[2] |
Warganegara | India |
Pusat pendidikan | Kolej Mount Carmel, Bangalore |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2005–kini |
Anugerah | Kalaimamani, Anugerah Nandi, Anugerah Filmfare |
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Telugu 2005 Super, yang memperoleh beliau, pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filmfare – Telugu. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam filem arahan S. S. Rajamouli, Vikramarkudu, yang menjadi kejayaan komersial utama. Filem beliau seterusnya Lakshyam (2007) dan Souryam (2008), dan Chintakayala Ravi (2008) juga ialah kejayaan pecah panggung. Pada tahun 2009, Shetty memegang dua watak dalam filem Arundhati, yang memperoleh beliau, kejayaan kritis dan pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik – Telugu, Anugerah Nandi, Anugerah Cinemaa untuk Pelakon Wanita Terbaik. Pada tahun berikutnya, lakonan Shetty sebagai pelacur dalam Vedam telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filmfare dan Anugerah CineMaa sebanyak dua kali berturut-turut.[3] Berikutan kejayaan beberapa siri filem, beliau diiktiraf sebagai salah seorang pelakon wanita terulung di pawagam Telugu.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.