Anugerah Planet Muzik 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Planet Muzik 2012 ialah edisi ke-11 Anugerah Planet Muzik, yang diadakan pada 15 Disember 2012 di Max Pavilion, Singapore Expo, Singapura, dengan kerjasama MediaCorp Radio – Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM.[1] Tema bagi APM tahun ini ialah Electrified.[2] Ia disiarkan secara langsung oleh MediaCorp Suria di Singapura, Astro Ria dan Ria HD di Malaysia serta disiarkan secara tertunda oleh Global TV di Indonesia dan dihoskan oleh 3 hos dari 3 negara iaitu penyampai radio Singapura DJ Tahar Ghalib, pengacara Malaysia Dato' AC Mizal serta pengacara Indonesia Sophie Navita.
Anugerah Planet Muzik 2012 | |
---|---|
Penghargaan | Pencapaian cemerlang dalam industri muzik bahasa Melayu dan Indonesia |
Tarikh | 15 Disember 2012 |
Lokasi | Max Pavilion, Singapore Expo![]() |
Negara | Malaysia |
Pengacara | ![]() ![]() ![]() |
Sorotan | |
Anugerah terbanyak | Taufik Batisah (3) |
Pencalonan terbanyak | Hady Mirza (4) |
Lagu Terbaik | "Kisah Hati" – Alyah |
Artis Serantau Paling Popular | Taufik Batisah |
Artis Terbaik Lelaki | Hafiz – "Ku Akui" |
Artis Terbaik Wanita | Shila Amzah – "Patah Seribu" |
Anugerah Khas Planet Muzik | Datuk Sheila Majid |
Liputan televisyen/radio | |
Rangkaian | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Tempoh tayangan | 180 minit |
Anugerah Planet Muzik 2012 mengetengahkan 17 kategori berbeza termasuk 3 kategori baru iaitu Hits Radio Tahun Ini, Ikon Media Baru dan Nova Media Baru. Peminat juga diberi peluang untuk memilih lagu dan artis kegemaran dalam kategori pilihan peminat.[3]