Anugerah Juara Lagu ke-7
From Wikipedia, the free encyclopedia
Juara Lagu 1992 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1992. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan MCA, Kuala Lumpur pada 20 Disember 1992 dan dihoskan oleh pengacara & penerbit Muzik Muzik 92; Azwan Ali bersama Haleeda Mazlin, Rina Khan dan Wohnen.
Anugerah Juara Lagu ke-7 | |
---|---|
Tarikh | 20 Disember 1992 |
Tempat | Dewan MCA, Kuala Lumpur |
Pengacara | Azwan Ali, Haleeda Mazlin, Rina Khan & Wohnen |
Juara Lagu | "Pada Syurga Di Wajahmu" |
AJL edisi kali ini telah menyaksikan format yang berbeza digunakan buat pertama kali di mana penyertaan ke peringkat akhir ditentukan melalui tiga kategori utama (Rock, Pop Kreatif dan Irama Malaysia) di mana empat lagu dari setiap kategori akan dipilih di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik dan bukan lagi secara bulanan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perubahan ini sudah dilihat apabila pada tahun sebelumnya, hampir kesemua lagu diperingkat akhir ialah lagu Rock. Pada persembahan selingan, slot Irama Malaysia diperkenalkan lantas membuka ruang cerah untuk lagu bukan Rock untuk turut bertanding dalam kategori mereka sendiri ke peringkat akhir Juara Lagu.