From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Juara Lagu 1991 (Juara Lagu '91) merupakan pertandingan yang menampilkan lagu juara bulanan muzik-muzik yang dipertandingkan untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi tahun 1991. Anugerah Juara Lagu 1991 telah berlangsung pada 29 Disember 1991 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Siaran tersebut ditayangkan secara langsung melalui TV3 dan ditaja oleh SHARP. Seramai 3 orang artis solo dan 8 kumpulan rock telah berentap mempertaruhkan lagu dari penggubah masing-masing. Pada tahun ini, tema rock dipertaruhkan hampir kesemua peserta. Seramai 3 orang pengacara telah bergabung tenaga untuk mengacarakan rancangan ini iaitu Azwan Ali, Melissa Saila dan Intan Rozila. Pengacaraan mereka disampaikan dengan sebuah cerita yang menggunakan tajuk lagu yang dipertandingkan sebagai jalan cerita.
Anugerah Juara Lagu ke-6 | |
---|---|
Tarikh | 29 Disember 1991 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Pengacara | Azwan Ali, Melissa Saila & Intan Rozila |
Juara Lagu | "Takdir Dan Waktu" |
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-6:
Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Juara Bulanan | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
"Memburu Rindu" | M. Nasir | Bob Lokman | Hattan | "Hattan"[1] | Universal - FMG | Mei '91 | Finalis |
"Takdir Dan Waktu" | Rahim Othman | Abdul Jalil Salleh (Juwie) | Kumpulan Mega | "Ilustrasi" [2] | Universal - BMG/Jojo's | November '91 | Juara |
"Umpama Mimpi Dalam Mimpi" | Awang BPR | S. Amin Shahab | Kumpulan Damasutra | "Antara Sutra Dan Bulan" [3] | Universal - Sinar Muzik | Julai '91 | Persembahan Terbaik 2 |
"Penantian" | Saari Amri | Azhar Osman (Mario) | Kumpulan Blackrose | "Black Rose" [4] | Sony - BMG | April '91 | Finalis |
"Gugurnya Bunga Cinta" | Ismail Ahmad Nawab | Nizam Arjuna | Kumpulan Laksamana | "Syukur" [5] | Universal - BMG/ Nawab's | Jun '91 | Finalis |
"Sepi Sekuntum Mawar Merah" | Fauzi Marzuki | Lukhman S. | Ella | "Identiti" [6] | Warner - WEA | Mac '91 | Finalis |
"Patahnya Sayap Malam" | Awang BPR | Ainol Jamal (Zur'Ain) | Kumpulan Masa | "Masa Scarecrow : Doktrin Metos" [7] | New Southern Records - PMI | Februari '91 | Finalis |
"Setelah Aku Kau Miliki" | Saari Amri | Azida NS | Shima | "Shima Vol. 2" [8] | Sony | Oktober '91 |
|
"Cinta Bandar Tasik Selatan" | Farida | Nur Cahaya | Kumpulan Olan | "Cinta Bandar Tasik Selatan" [9] | New Southern Records | Ogos '91 | Finalis |
"Tiara" | M. Nasir | M. Nasir | Kumpulan Kris | "Tiara" [10] | Life Records - Life Rekod/Gong Production | September '91 |
|
"Antara Gadis" | Afzainizam | Azimah | Kumpulan Dinamik | "Revolusi Mental" [11] | New Southern Records | Januari '91 | Finalis |
Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Artis | Komposer | Penulis Lirik |
---|---|---|---|---|---|
Juara Lagu | |||||
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) | Takdir Dan Waktu | Kumpulan Mega | Rahim Othman | Juwie | |
Tempat Kedua | Setelah Aku Kau Miliki | Shima | Saari Amri | Azida NS | |
Tempat Ketiga | Tiara | Kumpulan Kris | M. Nasir | ||
Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Artis | ||
Persembahan Terbaik | |||||
Tempat Pertama | Setelah Aku Kau Miliki | Shima | |||
Tempat Kedua | Umpama Mimpi Dalam Mimpi | Kumpulan Damasutra | |||
Tempat Ketiga | Tiara | Kumpulan Kris | |||
Anugerah | Judul Lagu | Penulis Lirik | |||
Lirik Terbaik | Tiara | M. Nasir | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.