Anuar Abd. Manap
Ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Tuan Haji Anuar bin Abd Manap ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADN Pemanis dan sebelum ini merupakan mantan Ahli Parlimen Sekijang selama sepenggal (2013-2018). Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang.
YB Tuan Haji Anuar bin Abd Manap | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Johor untuk Pemanis | |
Memegang jawatan 21 April 2022 | |
Didahului oleh | Chong Fat Full |
Majoriti | 4,187 |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P141 Sekijang, Johor | |
Dalam jawatan 24 Jun 2013 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | Baharum Mohamed |
Digantikan oleh | Natrah Ismail |
Majoriti | 3,007 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kg Layang-Layang, Kluang, Johor | 30 Disember 1976
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Zaleha Yahya |
Anak-anak | 4 orang |
Kediaman | Felda Pemanis 2, Segamat, Johor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web rasmi | Laman Sosial Rasmi Anuar Abd Manap |
Beliau dilahirkan di Kg Layang-layang, Kluang, Johor pada 30 Disember 1976. Keluarganya kemudian berpindah ke Felda Pemanis, Segamat, Johor dan beliau dibesarkan disana.
Anuar mula bersekolah di Sekolah Rendah LKTP Felda Pemanis pada tahun 1982. Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Arab Khairiah Gubah Segamat pada 1988. Pada 1991, beliau meneruskan pengajian tingkatan 4 di Sekolah Menengah Buloh Kasap Segamat.
Pada tahun 1993, beliau memasuki Sal Group Of Collegue untuk kursus Diploma Teknologi Maklumat dan seterusnya ke Charles Sturt University Australia pada tahun 1995 untuk Sarjana Muda Teknologi Maklumat.
Beliau berkahwin dengan Zaleha bt Yahya dan Siti Nurasmah bt Osman dan dikurniakan 4 orang anak.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Julailey bin Jemadi dengan majoriti sebanyak 3,007 undi. Beliau memperolehi 19,934 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,927 undi[1].
Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, Anuar Abdul Manap mewakili bertanding di kawasan Pemanis. Beliau menang di kawasan Pemanis dengan majoriti sebanyak 4,187 kertas undi[2].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.