From Wikipedia, the free encyclopedia
Antropomorfisme moe (萌え擬人化 , moe Gijinka) adalah bentuk dari antropomorfisme di mana ciri-ciri dari moe diberikan kepada bukan manusia, objek, konsep, atau fenomena. Sebagai tambahan untuk ciri dari moe, antropomorfisme moe ini juga disifatkan dengan aksesori mereka, yang berfungsi untuk menekankan bentuk asal mereka sebelum antropomorfis. Watak perempuan, biasanya dalam bentuk cosplay, yang digambarkan sebagai penjelmaan dari benda tak bergerak atau produk popular, kerana garis tubuh wanita lebih berlekuk berbanding lelaki. Bahagian dari personafikasi humor ini datang dari keperibadian dianggap dari watak (kadang satira) dan digunakan untuk mengenal pasti pelbagai mesin, objek, dan bahkan tempat fizikal sebagai sesuatu yang comel.
Banyak dari watak perempuan mempunyai nama akhir-tan (たん), yang adalah pengucapan yang salah dari-chan (ちゃん), sebuah akhiran gelaran hormat kecil yang tidak formal dan intim untuk seseorang yang digunakan orang untuk teman, keluarga, dan haiwan peliharaan. Pada kes ini, sebutan salah dilakukan secara sengaja untuk menimbulkan kesan daya tarik dan menunjuk-nunjuk yang pada umumnya dikaitkan dengan budak. Bentuk antropomorfisme ini sangat umum dikalangan para otaku , Dengan pengecualian atas kemonomimi (yang berbentuk seperti manusia dan mempunyai ciri binatang), banyak antropomorfiasi moe bermula kerana adanya kegiatan dojin . Banyak dari moe tersebut berasal dari perbincangan di forum internet Jepun seperti 2channel atau Futaba Channel. Akhir-akhir ini, trend dōjin ini semakin meningkat dalam bentuk anime dan manga komersial seperti Binchō-tan dan 090 Eko to Issho yang menghadirkan watak personifikasi dari objek tak bergerak.
Kemonomimi, secara harfiah bererti "telinga haiwan", adalah konsep menggambar haiwan sebagai bishōjo atau membuat bishōjo menggunakan aksesori haiwan (seperti telinga atau ekor. Gadis kucing/Nekomimi adalah yang paling dikenali dalam kategori ini, walaupun gadis kelinci, rubah, dan anjing juga popular . Watak kemonomimi pada umumnya berwujud manusia kecuali lebih menekankan ciri haiwannya.
Walaupun Chobits (2001) dan Toy's iMac Girl (1998) diperkenalkan dahulu, penyebaran meme untuk mengubah hal berkenaan komputer menjadi moe belum dimulakan sehingga munculnya Shiitake-chan (しいたけちゃん ), antorpomorfisme dari butang Stop pada Internet Explorer. Ide Shiitake-chan diperkenalkan pada tahun 2001 di forum 2channel, di mana sebuah poster yang mengakui bahawa dia melihat butang Stop sebagai shiitake.[1] Sejak itu, Shiitake-chan menjadi permulaan antropomorisme moe.
Selepas itu, Shiitake-chan diikuti oleh OS-tan pada tahun 2003. Konsep ini dikatakan sebagai personifikasi dari persepsi umum bahawa Windows Me tidak stabil dan operasinya sangat lembab. Perbincangan pada Futaba Channel menyukai akan stereotaip dari gadis berubah-ubah dan bermasalah. Personifikasi ini semakin meluas, dengan terciptanya Me-tan (6 Ogos 2003) diikuti oleh watak lain. Gadis Mac OS X, Linux, dan Linspire juga muncul dalam Internet dan beberapa watak lelaki muncul pada beberapa program aplikasi dan perangkat keras. Contoh terkenal dari moe lelaki adalah Norton AntiVirus, yang digambarkan sebagai doktor tua yang bermuka seram.
Sejak pembuatan OS-tan, perisian dan beberapa laman web juga membuat antropomorfisme. Sebagai contoh, laman web Wikipedia ini mempunyai Wikipe-tan sendiri, sementara perisian Mozilla mempunyai antropomorfisme musang sendiri. Pengguna internet Cina juga membuat moe "Green Dam Girl" sebagai parodi kepada penapisan internet Cina Green Dam Youth Escort.[2]
Mecha Musume adalah gadis yang digambarkan sebagai antropomorfik dari peranti askar, seperti kereta kebal, kapal, pesawat terbang atau bahkan peluru berpandu. Subjek terkenal dari antropomorfisme jenis ini termasuk kendaraan askar saat Perang Dunia II, koleksi figura kenderaan mecha Musume telah pun dikeluarkan.
MS shōjo (atau gadis Gundam) adalah jenis lain dari mecha musume. Mereka mendahului trend menukarkan senjata sebenar menjadi gadis, gadis sebagai Gundam pertama kali muncul dalam cetakan pada 1980-an. MS shōjo adalah robot mecha yang digambarkan dalam bentuk gadis, selalu muncul dalam model gundam atau zaku. Para gadis ini juga mempunyai helmet, baju perisai, dan/atau pedang beam. MS disini adalah singkatan dari Mobile Suit.
Mecha-Musume dan kemonomimi bertemu dalam anime Strike Witches, yang menghadirkan gadis penyihir yang memanfaatkan sihir dan teknologi untuk bertempur dalam perang. Mereka mengambil karakteristik Mecha-Musume pada perangkat penyerang yang mereka gunakan dan sebagai nama/kebangsaanmereka, dan kemonomimi saat mereka berubah, mereka mempunyai telinga dan ekor hewan.
Disebabkan peminat keretapi yang ramai di Jepun, antropomorfisme dari keretapi juga sangat biasa dijumpai. Walaupun pada awalnya antropomorfisme tersebut hanya pada muka depan kereta (seperti mata pada kaca depan kereta), pada 2000-an mereka menjadi lebih dan lebih humanoid disebabkan oleh pengaruh budaya otaku. Dalam kes seperti ini, gadis sering dilukis supaya pakaian yang dipakai mencerminkan reka bentuk hadapan kereta yang pertama dan warna syarikat keretapi yang mengoperasi kereta api. Sesungguhnya, personifikasi yang sebegitu banyak mengenai pengendali kereta api seperti kereta api itu sendiri.[perlu rujukan]
Jenis antropomorfisme timbul daripada hakikat bahawa terdapat pertindihan yang ketara dalam peminat keretapi dan otaku,[perlu rujukan] dan antropomorfisme itu adalah produk cinta mereka terhadap kereta api. Walau bagaimanapun, tidak semua peminat keretapi di Jepun adalah otaku, dan dengan itu beberapa peminat keretapi melihat antropomorphisme sebagai penghinaan.
Keretapi yang terkenal adalah Fastech 360, yang digambarkan dengan telinga kucing disebabkan oleh ruang brek angin kecemasan. Dinamakan sebagai "Fastech-tan", beberapa "gadis keretapi" ini mempunyai figuranya sendiri, dan dijual dengan izin dari Syarikat Kretapi Timur Jepun.[3] Tidak seperti Mecha Musume atau OS-tans personifikasi dari rekabentuk keretapi ini jarang didapati diluar Jepun; kecuali pada Eurostar dan KCR Hong Kong EMU SP1900 (dipanggil "Princess SP1900").[4]
Gadis yang bermodel menyerupai kapal terbang juga sangat terkenal. Sama seperti keretapi, gadis ini memakai baju dengan warna syarikat penerbangan yang mengoperasikan pesawat tersebut.
Kereta dan motorsikal juga kadang-kadang menjadi subjek antropomorfisme.
Perkara-perkara lain juga telah diberi ciri-ciri moe:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.