Anti-Counterfeiting Trade Agreement
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perjanjian Perdagangan Antipemalsuan (ACTA, bahasa Inggeris: Anti-Counterfeiting Trade Agreementcode: en is deprecated ) merupakan perjanjian pelbagai hala yang diusulkan atas tujuan mewujudkan piawai antarabangsa bagi penguatkuasaan hak harta intelek. Perjanjian tersebut bertujuan mewujudkan rangka kerja undang-undang antarabangsa bagi barang palsu sasaran, ubat generik dan pelanggaran hak cipta di Internet, dan akan mencipta badan pentadbir di luar forum sedia ada, seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pertubuhan Harta Intelek Sedunia, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
ACTA | |
---|---|
Perjanjian Perdagangan Antipemalsuan bahasa Inggeris: Anti-Counterfeiting Trade Agreementcode: en is deprecated Perancis: Accord commercial anti-contrefaçoncode: fr is deprecated Sepanyol: Acuerdo Comercial Anti-Falsificacióncode: es is deprecated | |
Jenis | Perjanjian beberapa hala |
Dirangka | |
Ditandatangani | 1 Oktober 2011 di Tokyo, Jepun |
Berkuat kuasa | Tidak berkuat kuasa |
Syarat | Pengesahan oleh enam negara |
Perunding | |
Penandatangan | |
Pihak | 1 (Jepun)[5] |
Pengesah | Jepun |
Pemegang simpanan | Kerajaan Jepun |
Bahasa | Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol |
Anti-Counterfeiting Trade Agreement di Wikisumber | |
sunting |
Perjanjian tersebut ditandatangani pada bulan Oktober 2011 oleh Australia, Kanada, Jepun, Maghribi, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.[6] Pada tahun 2012, Mexico, Kesatuan Eropah dan 22 negara yang merupakan negara anggota Kesatuan Eropah tandatangan juga.[7] Satu penandatangan (Jepun) telah mengesahkan (lulus secara rasmi) perjanjian tersebut, yang akan berkuat kuasa di negara-negara yang mengesahkannya selepas pengesahan oleh enam negara.
Kumpulan industri dengan kepentingan dalam hak cipta, tanda dagangan dan jenis-jenis hak intelek yang lain berkata bahawa ACTA merupakan gerak balas kepada "peningkatan perdagangan sejagat barang palsu dan karya terlindung hak cipta cetak rompak". Pertubuhan seperti Motion Picture Association of America dan Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa difahami mempunyai pengaruh penting ke atas agenda ACTA.[8]
Pertubuhan yang mewakili kepentingan rakyat dan bukan kerajaan mengemukakan alasan bahawa ACTA boleh melanggar hak asasi termasuk kebebasan berpendapat dan privasi. ACTA juga telah dikritik oleh Doktor Tanpa Sempadan bagi membahayakan capaian kepada ubat di negara-negara membangun.[9] Sifat perundingan telah dikritik sebagai berahsia dan telah mengecualikan pertubuhan bukan kerajaan, negara membangun dan orang awam daripada proses perundingan perjanjian dan ia telah menghuraikan sebagai pengubahan dasar oleh critics termasuk Electronic Frontier Foundation dan Persatuan Pengguna Hiburan.
Tandatangan EU dan kebanyakan negara anggotanya mengakibatkan bantahan meluas di seluruh Eropah. Pelapor Parlimen Eropah Kader Arif letak jawatan. Penggantinya, MEP British David Martin, mengesyorkan Parlimen patut menolak ACTA, menyatakan: "Manfaat yang dirancang bagi perjanjian antarabangsa ini jauh dilebihi oleh ancaman berpotensi kepada kebebasan awam". Pada 4 Julai 2012, Parlimen Eropah menolak persetujuannya, menolaknya secara berkesan, 478 undian berbanding 39, dengan 165 berkecuali.[10][11]