Ann Osman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ann ‘Athena’ Osman (lahir 19 Jun 1986) merupakan atlet wanita Malaysia yang menjadi atlet seni bela diri gabungan wanita pertama Malaysia.[1][2]
Ann Osman | |
---|---|
Kelahiran | (1986-06-19) 19 Jun 1986 (umur 38) Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
Nama lain | Athena |
Tinggi | 5'3" (160cm) |
Berat | 123.0 lbs |
Bahagian | Flyweight |
Gaya | Seni bela diri campuran |
Pasukan | Borneo Tribal Squad |
Guru | AJ "Pyro" Lias Mansor |
Tahun aktif | 2012–2017 |
Rekod seni bela diri campuran | |
Jumlah | 9 |
Kemenangan | 5 |
K.O. | 5 |
Kekalahan | 4 |
K.O. | 4 |
Seri | 0 |
Maklumat lain | |
Pekerjaan | Usahawan |
Pasangan | Effendy @ Andrey Adriano Abdullah |
Anak | 1 |
Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan dibesarkan di Amerika Syarikat,[3][1] beliau merupakan wanita pertama Malaysia yang bertarung secara profesional dalam kejohanan MMA, ONE Fighting Championship (ONE FC) dan telah berlatih selama dua tahun dalam sukan MMA dan mempunyai latar belakang yang kukuh dalam seni mempertahankan diri Muay Thai di mana beliau telah dilatih oleh jurulatihnya, AJ 'Pyro' Lias Mansor.[4][5][6][7]
Pada November 2017, Ann mengumumkan persaraan dari sukan MMA dengan rekod profesional yang diperolehinya sebanyak 4–5 rekod, sambil menyatakan ingin menumpukan perhatian pada perniagaannya.[8][9][10]
Beliau telah berkahwin dengan Effendy @ Andrey Adriano Abdullah dan dikurniakan seorang cahaya mata.[3][1][11][12] Ann ialah pemegang diploma Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia (UPM).[13]