Anjing rakun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing rakun (Nyctereutes procyonoides, daripada perkataan bahasa Yunani nukt-, "malam" + ereutēs, "perayau" + prokuōn, "sebelum anjing, praanjing" [tetapi dalam bahasa Latin Baru digunakan untuk memaksudkan "rakun"] + -oidēs, "-oid"), juga dikenali sebagai magnut[2] atau tanuki, ialah sejenis canid yang asli di Asia Timur. Ia merupakan satu-satu spesies ekstan dalam genus Nyctereutes. Ia dianggap sebagai spesies canid basal, menyerupai bentuk leluhur bagi keluarga. Sesama Canidae, anjing rakun mengongsi tabiat kerap memanjat pokok hanya dengan rubah kelabu Amerika Utara, satu lagi spesies basal.[3][4][5] Anjing rakun dinamai sempena keserupaannya dengan rakun (Procyon lotor), yang dengannya anjing rakun tidak berkait rapat.
Anjing rakun | |
---|---|
Anjing rakun liar di Fukuyama, Hiroshima | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | N. procyonoides |
Nama binomial | |
Nyctereutes procyonoides (Gray, 1834) | |
Wilayah anjing rakun Biru—asli Merah—Diperkenalkan |
Populasi anjing rakun Asia Timur asli telah menurun pada tahun-tahun terkini kerana perburuan, perdagangan bulu, pembandaran, peningkatan haiwan berkaitan dengan tamadun manusia seperti haiwan peliharaaan dan haiwan terbiar, dan penyakit yang boleh ditularkan sesama haiwan-haiwan ini.[perlu rujukan] Ikutan pengenalannya ke Eropah tengah dan ke Eropah barat, walau bagaimanapun, ia telah dianggap sebagai spesies invasif yang berpotensi berbahaya.[6]
"Rakun Asia, sungguhpun bukan nama am yang diterima dalam kegunaan oleh komuniti sains, ialah nama yang diperoleh di bawah undang-undang persekutuan dalam pengiklanan dan pelabelan pakaian yang diperbuat daripada anjing rakun" di Amerika Syarikat.[7]