Anjing gembala Belgium[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing gembala bersaiz sederhana Belgium. Ia dibiakbakakan dalam empat keragaman berbeza berdasarkan jenis dan warna lapis bulu: anjing gembala Belgium Groenendael yang hitam berbulu panjang; anjing gembala Belgium Laeken yang perang kekuning-kuningan berbulu kasar; anjing gembala Belgium Malines yang perang kekuning-kuningan berbulu pendek; dan anjing gembala Belgium Tervueren yang perang kekuning-kuningan berbulu panjang. American Kennel Club menganggap keempat-empat keragaman ini sebagai baka berasingan.
Fakta Segera Negara asal, Trait ...
Anjing gembala BelgiumKeragaman anjing gembala Belgium: Groenendael (1), Tervueren (Tervuren) (2), Malines (malinois) (3), dan Laeken (Laken, lakenois) (4) |
Negara asal | Belgium |
---|
|
Berat |
Jantan |
≈ 25–30 kilogram (55–65 lb) |
---|
|
Betina |
≈ 20–25 kilogram (45–55 lb) |
---|
Tinggi |
Jantan |
60–66 sentimeter (24–26 in) |
---|
|
Betina |
56–62 sentimeter (22–24 in) |
---|
Bulu |
Berbeza-beza mengikut keragaman |
---|
Warna |
Berbeza-beza mengikut keragaman |
---|
Jangka hayat |
12 (Malines), 13.8 tahun (Tervueren) |
---|
|
|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tutup
Fakta Segera Trait, Bulu ...
Anjing gembala Belgium Groenendael |
|
Bulu |
Berbulu panjang |
---|
Warna |
Hitam legam |
---|
|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tutup
Fakta Segera Trait, Bulu ...
Anjing gembala Belgium Laeken |
|
Bulu |
Berbulu kasar |
---|
Warna |
Perang kekuning-kuningan dengan sentuhan tindanan hitam pada lapis bulu dan topeng |
---|
|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tutup
Fakta Segera Trait, Bulu ...
Anjing gembala Belgium Malines |
|
Bulu |
Berbulu pendek |
---|
Warna |
Perang kekuning-kuningan dengan tindanan hitam pada lapis bulu dan topeng |
---|
|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tutup
Fakta Segera Trait, Bulu ...
Anjing gembala Belgium Tervueren |
|
Bulu |
Berbulu panjang |
---|
Warna |
Perang kekuning-kuningan atau kelabu dengan tindanan hitam dan topeng |
---|
|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tutup
Baka ini diturunkan daripada sejenis anjing gembala umum yang terdapat di seluruh Eropah Barat yang merangkumi baka-baka moden seperti anjing lembu Ardenne, anjing gembala Belanda, dan anjing gembala Jerman dan ia lazim terlihat dalam perkhidmatan kepada para gembala Belgium selama berabad-abad. Pada penghujung abad kesembilan belas, sebuah kelab baka dibentuk dan percubaan dilakukan untuk memiawaikan baka ini.
Peranannya dalam sejarah adalah sebagai anjing gembala. Ia juga lazim dibela sebagai anjing teman, atau digunakan sebagai anjing pembantu, anjing penghidu, anjing pengawal, anjing pandu, anjing polis, atau anjing pencarian dan penyelamatan. Ia mempunyai sejarah panjang dalam penggunaan oleh pihak polis Belgium serta pasukan tentera, berkhidmat untuk angkatan tentera Belgium dalam kedua-dua perang dunia, serta Tentera Darat Amerika Syarikat sejak itu. Pada abad kedua puluh satu, ia sedang digunakan oleh sebilangan angkatan bersenjata di seluruh dunia dalam pelbagai peranan.