Angkatan Udara Tentera Laut Imperial Jepun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Udara Tentera Laut Imperial Jepun (大日本帝國海軍航空隊code: ja is deprecated , Dai-Nippon Teikoku Kaigun Kōkū-tai) adalah cawangan udara bagi Tentera Laut Imperial Jepun (IJN). Organisasi ini bertanggungjawab bagi operasi pesawat tentera laut dan mengendalikan peperangan udara dalam Perang Pasifik.
Angkatan Udara Tentera Laut Imperial Jepun (IJNAS) | |
---|---|
日本帝國海軍航空隊 Dai-Nippon Teikoku Kaigun Koku Tai | |
Aktif | 1912–1945 |
Negara | Empayar Jepun |
Kesetiaan | Kementerian Tentera Laut Biro Penerbangan Tentera Laut (Kaigun Kōkū Hombu) |
Cawangan | Tentera Laut Imperial Jepun |
Jenis | Pasukan udara tentera laut |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang China-Jepun Perang Dunia II |
Komander | |
Ketua upacara | Maharaja Jepun |
Komander terkenal | Chuichi Nagumo Minoru Genda Mitsuo Fuchida |
Tanda kebesaran | |
Roundel |
Tentera Jepun membeli kapal terbang pertama mereka pada tahun 1910 dan mengikuti pembangunan kombat udara semasa Perang Dunia I dengan penuh minat. Pada mulanya mereka membeli kapal terbang Eropah tetapi dengan cepat membina pesawat mereka sendiri dan membangunkan sendiri program pembinaan kapal pengangkut pesawat. Mereka melancarkan kapal pengangkut pesawat pertama dunia, Hōshō, pada tahun 1922. Kemudian mereka memulakan program penukaran beberapa kruiser tempur dan kapal tempur menjadi kapal induk. Pasukan Udara IJN mempunyai misi pertahanan udara nasional, serangan khusus, peperangan laut, dan sebagainya. Ia mengekalkan misi ini hingga ke akhir perang.
Program latihan juruterbang Jepun sangat selektif dan ketat, menghasilkan kelompok juruterbang yang berkualiti tinggi dan bertahan lama, yang sangat berjaya di udara semasa peringkat awal Perang Dunia II di Pasifik. Tetapi, tempoh program latihan yang panjang, disekalikan dengan kekurangan petrol untuk latihan, telah menyekat IJN untuk menyediakan dengan pantas penggantian juruterbang berkelayakan dalam jumlah yang mencukupi. Selain itu, Jepun, tidak seperti A.S. atau Britain, tidak pernah mengubah programnya untuk mempercepatkan proses latihan rekrutnya. Pengurangan kuantiti dan kualiti, di antara faktor-faktor yang lain, mengakibatkan peningkatan jumlah mangsa pada penghujung perang.
Para penerbang Jepun, seperti rakan seperjuangan tentera daratnya, menyukai pesawat yang mudah dikendalikan, yang membawa kepada jenis pesawat ringan tetapi lincah, iaitu A6M Zero yang terkenal, yang mencapai kejayaannya dengan membuang perisai dan tangki minyak kalis bocor. Pesawat dengan perisai dan tangki minyak kalis bocor, seperti Kawanishi N1K-J tidak memasuki perkhidmatan sehinggalah akhir tahun 1944–1945, yang mana sudah terlambat untuk memberi sebarang kesan. Pasukan Udara Tentera Laut Imperial Jepun mempunyai fungsi yang sama dengan Pasukan Udara Armada (FAA) Royal Navy.