![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9f/Great_emblem_of_Strategic_Rocket_Forces_of_Russia.svg/langms-640px-Great_emblem_of_Strategic_Rocket_Forces_of_Russia.svg.png&w=640&q=50)
Angkatan Peluru Berpandu Strategik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Peluru Berpandu Strategik atau Angkatan Roket Strategik Persekutuan Rusia atau RVSN RF[3] adalah cabang tentera dalam Angkatan Tentera Rusia yang mengendali tapak pelancar peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Rusia. RVSN mula-mula dibentuk dalam Angkatan Tentera Soviet, dan apabila KRSS runtuh pada Disember 1991, ia secara efektif mengubah namanya dari Soviet ke Angkatan Roket Strategik Rusia atau Pasukan Peluru Berpandu Strategik.
Angkatan Peluru Berpandu Strategik | |
---|---|
Ракетные войска стратегического назначения Raketnye voyska strategicheskogo naznacheniya | |
![]() Lambang SRF | |
Aktif | 17 Disember 1959 – kini |
Cawangan | Angkatan Tentera Rusia |
Jenis | Pasukan peluru berpandu strategik |
Peranan | Pencegahan Peluru Berpandu Strategik |
Saiz | ~60,000 anggota (2017)[1] |
Markas | Vlasikha, 2.5 km barat laut Odintsovo, Wilayah Moscow |
Penaung | Saint Barbara the Great Martyr [2] |
Moto | "После нас - тишина" ("After us - silence") |
Kawat | Marsh artilleristov (Марш артиллеристов) |
Peringatan | 17 Disember |
Kelengkapan | Peluru berpandu balistik, peluru berpandu krus |
Pertempuran | Krisis Peluru Berpandu Cuba |
Komander | |
Komander terkini | Kolonel Jeneral Sergei Karakayev |
Tanda kebesaran | |
Bendera | ![]() |
Lambang Medium | ![]() |
Lencana bahu | ![]() |
Insignia | ![]() |
Angkatan Peluru Berpandu Strategik telah ditubuhkan pada 17 Disember 1959 sebagai pasukan utama yang digunakan untuk menyerang senjata nuklear ofensif musuh, kemudahan tentera, dan infrastruktur industri.[4] Mereka mengendalikan kesemua tapak pelancar nuklear peluru berpandu balistik antara benua, peluru berpandu balistik jarak pertengahan, dan peluru berpandu balistik jarak sederhana Soviet dengan jarak lebih 1,000 kilometer. Angkatan strategik Rusia ini saling melengkapi antara Penerbangan Jarak Jauh dan kapal selam peluru berpandu balistik Tentera Laut Rusia.