![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e0/Great_emblem_of_the_Russian_Ground_Forces.svg/langms-640px-Great_emblem_of_the_Russian_Ground_Forces.svg.png&w=640&q=50)
Angkatan Darat Rusia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Darat Persekutuan Rusia (Bahasa Rusia: Сухопутные войска Российской Федерацииcode: ru is deprecated , tr. Sukhoputnye voyska Rossiyskoy Federatsii) adalah cabang tentera darat dalam Angkatan Tentera Rusia. Ia ditubuhkan selepas pembubaran Angkatan Darat Soviet pada tahun 1992. Meskipun Angkatan Darat Rusia dalam bentuk sekarang berusia sekitar 20 tahun, sejarah tentera Rusia boleh dijejak sehingga era Imperial Rusia semasa zaman Rus' Kiev.
Angkatan Darat Persekutuan Rusia Сухопутные войска Российской Федерации Suhoputnye voyska Rossiyskoy Federatsii | |
---|---|
![]() Lambang Angkatan Darat Rusia | |
Ditubuhkan pada | 1992 |
Negara | ![]() |
Jenis | Tentera darat |
Saiz | 350,000 aktif (2017)[1] termasuk Pasukan Airborne |
Sebahagian daripada | ![]() |
Markas | Frunzenskaya Embankment 20-22, Moscow |
Penaung | Saint Alexander Nevsky[2] |
Warna | Hijau, Putih dan lain |
Kawat | V Put (Bahasa Melayu: Mari Pergi) |
Peringatan | 1 Oktober |
Pertempuran | Perang Transnistria Perang Saudara Tajikistan Konflik Timur Prigorodny Perang di Abkhazia Krisis perlembagaan Rusia 1993 Perang Chechen Pertama Perang Dagestan Perang Chechen Kedua Perang Rusia-Georgia Pemberontakan di Caucasus Utara Campur tangan tentera di Ukraine[3] Perang Saudara Syria Perang Saudara Iraq Perang Rusia-Ukraine |
Komander | |
Panglima Tertinggi | Jeneral Ketumbukan Oleg Salyukov[4] |
Tanda kebesaran | |
Bendera | ![]() |
Lambang tengah | ![]() |
Lencana bahu | ![]() |
Insignia | ![]() |
Sejak tahun 1992, meskipun pasukan ini telah mengundurkan beribu-ribu anggota tentera dari bekas perbatasan hadapan bekas Soviet, ia masih terlibat secara langsung di dalam Perang Chechen, operasi pengaman dan lain-lain di negara-negara pengganti Soviet. Paling terkini adalah pertikaian di dalam Perang Ossetia Selatan 2008 dengan pasukan tentera Georgia.