Amphoe (juga amphur, Bahasa Thai: อำเภอ, disebut [ʔām.pʰɤ̄ː]) ialah subbahagian pentadbiran tahap kedua di Thailand. Secara harfiah, istilah ini biasanya diterjemahkan sebagai "daerah". Amphoe membentuk wilayah/provinsi dan serupa dengan kaunti. Setiap amphoe dipimpin oleh seorang ketua pengawai daerah yang dipanggil Nai Amphoe (นายอำเภอ). Amphoe juga mempunyai tambon (Bahasa Thai: ตำบล) atau juga disebut "daerah kecil" atau "mukim".

Thumb
Pejabat Daerah Mueang Phitsanulok di Thailand.

Jumlah

Secara keseluruhan, amphoe di Thailand mempunyai 878 buah pada 31 Disember 2018, ia tidak termasuk daerah-daerah di Bangkok yang disebut khet, sejak pembaharuan pentadbiran Bangkok pada tahun 1972.[1] Berdasarkan bancian Thailand 2000, daerah yang paling terpadat ialah Mueang Samut Prakan di Wilayah Samut Prakan dengan jumlah penduduk mencecah 509,262 orang manakala daerah kurang padat ialah Ko Kut di Wilayah Trat dengan jumlah 2,042 orang.[2]

Organisasi

Setiap daerah diketuai oleh seorang ketua pegawai daerah (nai amphoe, นายอำเภอ), yang telah/akan dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri. Pegawai itu adalah bawahan gabenor wilayah.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.