From Wikipedia, the free encyclopedia
Samut Prakan (Bahasa Thai: สมุทรปราการ ) ialah salah satu wilayah (changwat) Thailand yang terletak di tengah negara ini. Wilayah-wilayah berjiran termasuk Bangkok yang bersempadan di utara serta barat, dan Chachoengsao di timur.
Ibu kota | Samut Prakan |
Gabernor | Sukhumrat Saribut (sejak 2005) |
Keluasan | 1,004.1 km2 Tangga ke-70 |
Jumlah Penduduk |
1,028,401 (2000) Tangga ke-18 |
Kepadatan Penduduk |
1,024/km2 Tangga ke-3 |
ISO 3166-2 | TH-11 |
Lapangan Terbang Suvarnabhumi terletak di daerah Bang Phli di wilayah ini.
Wilayah Samut Prakan diasaskan pada zaman Ayutthaya, dengan pusat pentadbirannya di Prapadaeng. Tempat ini merupakan sebuah pelabuhan yang dilindungi oleh kubu-kubu, serta parit dan dinding kota.
Raja Rama II memulakan pembinaan pusat barunya di Samut Prakan pada tahun 1819 selepas pendahulunya, Raja Taksin meruntuhkan semua struktur pengukuhan kota ini. Sebanyak enam buah kubu dibina di kedua-dua belah Sungai Chao Phraya, dan pagoda Phra Samut Chedi dibina di sebuah pulau yang terletak di sungai itu. Antara enam buah kubu yang asal ini, hanya dua masih wujud pada hari ini, iaitu Phi Sua Samut and Phra Chulachomklao.
Nama "Samut Prakan" bermaksud kubu (prakan} laut (samut).
Samut Prakan terletak di muara Sungai Chao Phraya dan mempunyai garis pinggir laut sepanjang 47.2 kilometer di Teluk Thailand. Oleh itu, wilayah ini kadang-kala digelarkan Pak Nam (ปากน้ำ), iaitu perkataan Thai untuk "muara".
Bahagian wilayah di sebelah barat sungai terdiri terutamanya daripada sawah-sawah padi dan kolam-kolam udang, serta hutan paya bakau, sedangkan bahagian timur ialah pusat bandar, termasuk kilang-kilang perindustrian. Kota Samut Prakan merupakan sebahagian metropolis Bangkok. Pembandaran di kedua-dua belah sempadan wilayah adalah sama sahaja.
Mohor wilayah menampilkan kuil Phra Samut Chedi yang merupakan tempat sembahyang agama Buddha yang terpenting di wilayah ini.
Pokok wilayah ialah Thespesia populnea . |
Wilayah Samut Prakan dibahagikan kepada 5 buah daerah (Amphoe) dan satu daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 50 buah komun (tambon) dan 396 buah desa. Untuk pilihan raya umum, wilayah ini dibahagikan kepada 7 kawasan pilihan raya.
Amphoe | King Amphoe |
---|---|
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.