spesies tumbuhan berumbi From Wikipedia, the free encyclopedia
Amorphophallus konjac ialah spesies tumbuhan dalam famili Araceae serumpun sarek lekir asli Yunnan, China. Ia ditanam di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Asia Tenggara dan Timur dari selatan Jepun dan China ke Vietnam dan pepulau Nusantara (zon ketahanan USDA 6-11).
Amorphophallus konjac | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Alismatales |
Keluarga: | Araceae |
Genus: | Amorphophallus |
Spesies: | A. konjac |
Nama binomial | |
Amorphophallus konjac K. Koch | |
Sinonim[1] | |
Senarai
|
Umbisi besar tumbuhan ini mengandungi kanji yang boleh dibuat menjadi konnyaku (こんにゃく/コンニャク/蒟蒻/菎蒻 ), sejenis penganan tradisional di Jepun.[2]:595 Ia juga digunakan untuk membuat tepung dan jeli sebagai pengganti vegan untuk gelatin.
Ia tumbuhan saka yang tumbuh daripada umbisi besar dengan garis pusat lebih 25 sentimeter. Daun tunggalnya berbentuk pelepah kembar lebih 1.3 m panjang melintang dan terpecah menjadi banyak daun kecil.[3]
Bunganya muncul pada tongkol yang dilitupi seludang berukuran lebih 55 sentimeter panjang dan berwarna ungu gelap.
Nama tempatan:
Baka liar ubi ini tumbuh semulajadi di Asia Tenggara dan tanah besar China.[4] Dari situ, konnyaku diperkenalkan ke Jepun sama ada pada zaman Asuka sebagai ramuan ubat[5] ataupun melalui biku sami menyebarkan ajaran Buddha serata pepulau Jepun.[6] Catatan sejarah pada tahun 5 An'ei bersamaan 1776 Masihi ada menyatakan seorang samurai bernama Nakajima Tōemon (島藤右衛門 • なかじま とうえもん) mengusahakan idea mengisar umbi konnyaku menjadi tepung agar tahan lebih lama di kampung Yamagata terangkum dalam kota Aikawa, Prefektur Ibaraki moden.[7]
Semasa zaman Edo bermula pada awal abad ke-17, Jepun telah mengimport sayur konnyaku dari China.[8] Sebuah buku bertajuk Konnyaku Hyakusen ("100 resipi Konnyaku") terbit tahun 1846 menunjukkan populariti tumbuhan ini di Jepun pada masa itu.
Ia dimasak dan dimakan terutamanya di Jepun dan Korea. Dua bentuk dasar penganan ini ialah yang putih dan hitam.
Dalam masakan Jepun, gel konnyaku digunakan dalam hidangan seperti oden yang biasanya berwarna kelabu dengan keselarasan lebih tegang berbanding kebanyakan gelatin. Konnyaku biasa mempunyai rasa manis tetawaran seakan garam laut (hasil penambahan serbuk rumput laut, meskipun tidak perlu pada konnyaku lain). Tumbuhan ini lebih dikehendaki atas faktor teksturnya berbanding rasa.
Parutan umbi konnyaku diperah keluar toksinnya sebelum diproses menjadi tepung. Tepung konnyaku dicampur larutan natrium karbonat atau kapur tepu[9] dan direbus sehingga mengeras kental; buku-buku konnyaku lazim diwarnakan dengan rerumpai hijiki, arame dan hitoegusa.[10] Konnyaku turut dijadikan mi shirataki yang digunakan dalam hidangan saji termasuk sukiyaki dan gyudon.[2]:595
Konnyaku hampir tiada kalori namun sebaliknya mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. Oleh itu, konnyaku sering digunakan sebagai makanan diet. Syarikat Omikenshi telah membangunkan satu proses mencampurkan pulpa kayu terawat dengan konnyaku yang boleh menyingkirkan gluten dan lemak dari tepungnya; tepung yang dirawat ini hampir tiada karbohidrat bahkan mengandungi hanya 60 kg kalori jika dibandingkan dengan 3,680 kg kalori dalam tepung gandum.[11]
Serat umbisi dari Amorphophallus konjac digunakan sebagai komponen makanan tambahan berat badan.[12] Pemakanan serat ini pada tahap sederhana telah ditunjukkan berkesan dalam menggalakkan penghasilan asid butirik melalui ekologi flora usus yang lebih baik serta meningkatkan pembuangan air besar dalam kalangan orang dewasa yang menghidapi sembelit.[13][10]
Konnyaku juga boleh digunakan dalam alatan aksesori urutan muka yang kini sedang popular di Korea (Korea: 곤약, rumi: gonyak ) dan juga negara-negara Barat; biasanya dalam bentuk span yang boleh digunakan pada kulit sensitif yang mudah rengsa jika menggunakan alat pengelupasan kulit yang biasa (seperti petola atau tuala kecil).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.