From Wikipedia, the free encyclopedia
Amir Hossein Sadeghi (Parsi: امیرحسین صادقی , lahir September 6, 1981 di Tehran, Iran) merupakan pemain bola sepak profesional Iran yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Iran, Esteghlal.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Amir Hossein Sadeghi | ||
Tarikh lahir | 6 September 1981 | ||
Tempat lahir | Tehran, Iran | ||
Ketinggian | 1.89 m (6 ka 2 3⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Esteghlal | ||
Nombor | 4 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–1999 | Shahin | ||
1999–2001 | Moghvemat Tehran | ||
2001–2003 | Esteghlal | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2008 | Esteghlal | 113 | (7) |
2008–2009 | Mes | 30 | (1) |
2009–2011 | Esteghlal | 54 | (5) |
2011–2012 | Tractor Sazi | 31 | (2) |
2012– | Esteghlal | 84 | (2) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2003–2006 | Iran B–23 | 6 | (0) |
2005– | Iran | 22 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:52, 17 Mei 2015 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18:10, 31 Mac 2015 (UTC) |
Dia merupakan produk sistem belia kelab Esteghlal dan dipanggil ke skuad senior pada tahun 2003. Selepas lima tahun bersama Esteghlal dan 113 penampilan liga, dia menandatangani kontrak satu tahun bersama Mes pada tahun 2008.[1]
Selepas satu musim bersama Mes dimana dia membuat 30 penampilan, Sadeghi menandatangani kontrak dua tahun bersama Esteghlal.
Sadeghi sekali lagi meninggalkan Esteghlal pada tahun 2011 dan menyertai Tractor Sazi. Dia memainkan peranan penting untuk membantu Tractor menduduki tempat kedua dalam Liga Pro Iran. Dalam satu-satunya musim bersama Tractor Sazi, Sadeghi membuat 31 penampilan dan menjaringkan dua gol.
Dia berpindah semula ke Esteghlal dari Tractor Sazi pada bulan Julai 2012. Dalam musim pertamanya selepas kembali ke Esteghlal, Sadeghi memenangi Liga Pro Iran buat kali kedua dalam kariernya. Pada 13 Julai 2014, Sadeghi bersetuju dengan kontrak baru dua tahun bersama Esteghlal, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.
Dia dinamakan ke dalam skuad Iran untuk Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 19 November 2013 ketika menentang Lebanon dalam Kelayakan Piala Asia AFC 2015. Pada 1 Jun 2014, dia dipanggil ke dalam skuad Iran untuk Piala Dunia FIFA 2014 oleh Carlos Queiroz.[2] Pada 30 Disember 2014, dia dipanggil ke dalam skuad Iran untuk Piala Asia AFC 2015.[3]
# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 19 November 2013 | Stadium Bandar Sukan Camille Chamoun, Beirut, Lebanon | Lubnan | 1–0 | 4–1 | Kelayakan Piala Asia AFC 2015 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.