Alvin Plantinga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Alvin Carl Plantinga (lahir 15 November 1932) ialah ahli falsafah Amerika Syarikat pada abad ke-20.[1] Plantinga memegang jawatan sebagai pengarah Pusat Falsafah Agama di Universiti Notre Dame.[1] Selain itu, Plantinga juga menjadi profesor falsafah dari universiti yang sama.[1]
Alvin Plantinga | |
---|---|
Kelahiran | Alvin Carl Plantinga (1932-11-15) 15 November 1932 (umur 91) |
Era | Falsafah abad ke-20 |
Falsafah | Falsafah Barat |
Sekolah | Analitik |
Kepentingan utama | Epistemologi, Metafizik, Falsafah agama |
Idea cemerlang | Epistemologi Reformed membela kehendak bebas Hujahan modalistis ontologis Fungsi Kepercayaan secara tepat Hujahan teori evolusi melawan naturalisme |
Dipengaruhi
| |
Pemikiran falsafah agama Plantinga berpusat pada epistemologi dari kepercayaan agama.[1] Plantinga menyatakan bahawa kepercayaan terhadap Allah dapat menjadi rasional walaupun tidak disokong dengan hujahan dari teologi alam.[1][2] Pemikiran tersebut dikembangkan melalui sejumlah rencana yang diterbitkan selama dekad 1980-an.[1] Plantinga menyatakan bahawa kepercayaan kepada Tuhan telah ada di setiap manusia secara asasnya, dan dibuktikan dengan pengalaman.[1] Di sini, Plantinga mengguna pakai pemikiran dari pelbagai ahli teologi seperti Calvin, Bavinck, dan Barth.[1]