Alor Setar
ibu kota negeri Kedah Darul Aman / From Wikipedia, the free encyclopedia
Alor Setar (Jawi: الور ستارcode: ms is deprecated , singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star pada tahun 2004-2008, ialah ibu negeri bagi negeri Kedah, Malaysia.[3] Ia merupakan bandar pentadbiran dan juga merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani,[4] (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010.[5]) Bandaraya ini menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit. Kaum majoriti di ibu kota ini ialah kaum Melayu.
Alor Setar | |
---|---|
Bandaraya Alor Setar | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | الور ستارcode: ms is deprecated |
• Bahasa CIna | 亚罗士打code: zh is deprecated (Mudah) 亞羅士打code: zh is deprecated (Tadisional) |
• Bahasa Tamil | அலோர் சேதார் |
• Bahasa Thai | อาโลร์เซอตาร์, เมืองไทร Mueang Sai[1] |
Cogan kata: Bandaraya Berdayahuni 2035code: ms is deprecated | |
Koordinat: 06°07′06″N 100°22′10″E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Kota Setar |
Ditubuhakan | 1735 |
Status perbandaran | 1 Februari 1978 |
Status bandar raya | 21 Disember 2003 |
Diasaskan oleh | Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Dato' Haji Mohd Yusri Haji Md Daud |
Keluasan | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 424 km² km2 (257.14 batu persegi) |
Aras | 75 m (246 ft) |
Aras tertinggi | 165.5 m (543.0 ft) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 417,800 |
• Kepadatan | 982.00/km2 (2,543.4/batu persegi) |
• Metro | 839,400 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tiada |
Poskod | 05xxx |
Awal kod panggilan telefeon antarabangsa | +6047 |
Laman sesawang | mbas.gov.my |
Alor Setar ialah terletak di titik utara Malaysia, merupakan bandaraya terakhir, lebih kurang 400 kilometer dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya. Bandar raya Alor Setarditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 400,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2020 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.
Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah di antara daripada lima bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim, Bandar Jitra dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.
Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, bandaraya ini juga mempunyai rangkaian perhubungan yang baik yang dapat diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Kepala Batas, terdapat dua stesen kereta api di Alor Setar iaitu Stesen Kereta Api Alor Setar dan Stesen Kereta Api Anak Bukit, stesen bas utama di Alor Setar ialah Terminal Bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke Pulau Langkawi ialah melalui Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah.
Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang ketujuh. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.
Keretapi tren ETS juga mempunyai laluan perjalanan ke Alor Setar yang banyak membantu masyarakat Alor Setar. Perjalanan ke Pulau Pinang dan Padang Besar hanya mengambil masa 1 jam sahaja melalui keretapi berkelajuan 140–180 km/j ini. Dalam tempoh 4 jam, keretapi laju ini tiba di Kuala Lumpur dan Gemas.
Kejohanan Badminton Grand Prix Gold Malaysia-Antarabangsa dan Kejohanan Badminton Asia merupakan antara kejohanan sukan antarabangsa yang pernah dianjurkan di bandaraya Alor Setar.