Footballer From Wikipedia, the free encyclopedia
Allan-Roméo Nyom (lahir 10 Mei 1988) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Granada CF secara pinjaman dari Getafe dan pasukan kebangsaan Cameroon. Beliau bermain di posisi pertahanan.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Allan-Roméo Nyom | ||
Tarikh lahir | 10 Mei 1988 | ||
Tempat lahir | Neuilly-sur-Seine, Perancis | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Getafe | ||
Nombor | 12 | ||
Kerjaya remaja | |||
AS Choisy-le-Roi | |||
2005–2008 | Nancy | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008–2009 | Arles-Avignon | 37 | (0) |
2009–2015 | Udinese | 0 | (0) |
2009–2015 | → Granada (pinjam) | 204 | (2) |
2015–2016 | Watford | 32 | (0) |
2016–2019 | West Bromwich Albion | 63 | (0) |
2018–2019 | → Leganés (pinjam) | 23 | (1) |
2019– | Getafe | 25 | (2) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011– | Cameroon | 18 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Mac 2020 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Oktober 2019 |
Nyom hanya bermain bola sepak secara amatur di negaranya. Pada musim panas 2009, beliau menandatangani kelab Udinese Calcio di Itali. Nyom dipinjam ke Granada tidak lama selepas beliau bersama Udinese. Beliau membuat debut untuk Granada pada 27 Ogos 2011, tewas 1-0 kepada Real Betis. Nyom memperbaharui kontraknya bersama Udinese pada lewat Mei 2013 tetapi masih bermain untuk Granada.
Nyom memilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Cameroon dan membuat debut pada 11 November 2011, menang 3-1 ke atas Sudan dalam satu perlawanan persahabatan. Beliau dipilih oleh pengurus Volker Finke untuk skuad Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[1] Beliau kemudian bermain untuk Cameroon ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang tuan rumah, Brazil, Cameroon tewas 4-1 dan tersingkir daripada kejohanan dunia itu.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.