![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d0/Alfred_von_Tirpitz.jpg/640px-Alfred_von_Tirpitz.jpg&w=640&q=50)
Alfred von Tirpitz
From Wikipedia, the free encyclopedia
Alfred Peter Friedrich von Tirpitz (19 Mac 1849 – 6 Mac 1930) adalah seorang Grossadmiral (Laksamana Besar) Jerman, Setiausaha Negara Jabatan Tentera Laut Imperial Jerman, bahagian pentadbiran terkuat Tentera Laut Imperial Jerman dari tahun 1897 sehingga 1916. Prusia tidak pernah mempunyai tentera laut yang besar, begitu juga negeri Jerman yang lain sebelum Empayar Jerman ditubuhkan pada tahun 1871. Tirpitz mengambil alih Tentera Laut Imperial yang sederhana dan, bermula pada era 1890an, mengubahnya kepada sebuah kuasa laut bertaraf dunia yang dapat mengancam Tentera Laut Diraja British. Tentera Lautnya, bagaimanapun, tidak cukup kuat untuk berhadapan British dengan jayanya dalam Perang Dunia Pertama; satu pertembungan hebat di laut, iaitu Pertempuran Jutland, berakhir dalam keadaan seri dengan kedua-dua pihak mengaku menang. Tirpitz beralih ke peperangan kapal selam, yang menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat. Beliau telah dipecat pada tahun 1916 dan tidak pernah kembali berkuasa.
Alfred von Tirpitz | |
---|---|
![]() Grossadmiral Alfred von Tirpitz | |
Kelahiran | (1849-03-19)19 Mac 1849 Küstrin, Kerajaan Prusia (hari ini Kostrzyn, Poland) |
Meninggal dunia | 6 Mac 1930(1930-03-06) (umur 80) Ebenhausen, Republik Weimar |
Disemadikan | Munich Waldfriedhof |
Kesetiaan | ![]() ![]() |
Perkhidmatan | ![]() ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1869–1916 |
Pangkat | Grossadmiral |
Pertempuran | Perang Perancis-Prusia Perang Dunia I |
Anugerah | Pour le Mérite Knight of the Order of the Black Eagle Friedrich Order Knight Grand Cross of the Royal Victorian Order |