![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/54/Alexis_Ohanian_-_2019.jpg/640px-Alexis_Ohanian_-_2019.jpg&w=640&q=50)
Alexis Ohanian
From Wikipedia, the free encyclopedia
Alexis Kerry Ohanian (lahir 24 April 1983)[1] ialah seorang usahawan dan pelabur Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai salah seorang pengasas dan ketua eksekutif laman web berita sosial Reddit bersama Steve Huffman dan Aaron Swartz. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas firma Initialized Capital, membantu melancarkan laman web pencarian perjalanan Hipmunk, dan memulakan gerakan sosial Breadpig. Beliau juga merupakan rakan kongsi Y Combinator. Pada tahun 2012, Andy Greenberg dari majalah Forbes menggelarnya "Datuk Bandar Internet."[2]
Alexis Ohanian | |
---|---|
![]() Ohanian pada 2019 | |
Kelahiran | (1983-04-24) 24 April 1983 (umur 41) |
Pusat pendidikan | Universiti Virginia |
Pekerjaan |
|
Karya terkenal |
|
Pasangan | Serena Williams (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Laman web rasmi | Alexisohanian.com |
Ohanian menetap di Florida, yang mana beliau tinggal bersama isterinya, pemain tenis profesional Serena Williams, dan anak perempuan mereka.
Setakat 2019[kemas kini], Forbes menganggarkan bahawa kekayaan bersihnya berjumlah $70 juta.[3]